PERMOHONAN BANTUAN IHSAN TABUNGAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH (BISTARI)
Sukacitanya, Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) mempelawa warga sabah untuk memohon salah satu inisiatif bantuan pendidikan kerajaan negeri Sabah iaitu bantuan ihsan tabungan pendidikan negeri Sabah (BISTARI). Bagi setiap kelahiran bayi pada tahun 2023, anda layak untuk membuat permohonan tersebut. Disini kami akan membantu anda untuk membuat permohonan tersebut dengan mudah dan pantas.
APA ITU BANTUAN IHSAN TABUNGAN PENDIDIKAN NEGERI
Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) Untuk Anak Kelahiran Sabah. Melalui bantuan, setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula 2023 akan ditawarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan bantuan sejumlah RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BISTARI
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:
- Bayi berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2023
- Ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
KADAR BANTUAN BISTARI
Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN BISTARI
Ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka mulai 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan secara online iaitu:
- Kad pengenalan ibubapa/penjaga yang sah
- Sijil lahir penerima manfaat
CARA PERMOHONAN BANTUAN BISTARI
kepada ibubapa/penjaga yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan secara atas talian iaitu:
- Layari pautan google form permohonan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri 2023
- Lengkapkan borang permohonan online tersebut.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
CARA KELUARKAN SIMPANAN BANTUAN IHSAN TABUNGAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ihsan tabungan pendidikan negeri Sabah , sila laman Facebook rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau hubungi 088-369872/012-8662419.
ARTIKEL BERKAITAN: