DANA DIDIK JOHOR (Permohonan Caruman SSPN Prime RM100 Kelahiran Baru)

DANA DIDIK JOHOR (Permohonan Caruman SSPN Prime RM100 Kelahiran Baru)

DANA DIDIK JOHOR

Bagi setiap kelahiran bayi di negeri Johor, Yayasan Pelajaran Johor menawarkan caruman tabungan awal pendidikan secara percuma melalui SSPN-i menerusi Dana Didik Johor. DIsini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat bantuan ini, semoga membantu.

 

Apa Itu Dana Didik Johor

Dana Did1k Johor merupakan merupakan tabungan pendidikan awal anak-anak Johor yang disalurkan melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). YPJ ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.

 

Objektif Yayasan Pelajaran johor

Berikut adalah merupakan antara objektifnya:

  1. Menaja dan memberi peluang untuk mendapatkan pelajaran dikalangan rakyat negeri Johor dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri.
  2. Memberi atau menguruskan pemberian biasiswa, pinjaman, bantuan kewangan atau pelajaran dari badan-badan lain kepada rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran.
  3. Meluaskan bidang bagi rakyat Negeri dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri di dalam mana-mana institusi pendidikan tinggi di serata dunia.

 

 

Syarat Kelayakan Dana Didik Johor

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan dana ini adalah seperti berikut:

  1. Ibu dan bapa kandung adalah warganegara Malaysia (keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor).
  2. Permohonan adalah untuk bayi yang lahir di Negeri Johor mulai 1 Januari 2023.
  3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan.
  4. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

 

Kadar Caruman Dana Didik Johor

Kadar caruman yang ditetapkan menerusi Dana Did1k Johor adalah sebanyak RM100 yang disalurkan ke akaun SSPN Prime bagi setiap kelahiran baru di Negeri Johor.

 

Tarikh Permohonan Dana Didik Johor

Permohonan dibuka sepanjang tahun 2023  iaitu mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2023

 

Dokumen Diperlukan

Pastikan anda sediakan dolumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan:

  • Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i
  • Salinan sijil kelahiran bayi
  • Salinan slip gaji ibu & bapa (jika ada)
  • Borang pengesahan pendapatan YPJ (jika ibu atau bapa tiada slip gaji)

Nota: Bagi setiap salinan, pengesahan hendaklah dibuat oleh penjawat awam gred 41 dan ke atas, penghulu/ ketua kampung/ penggawa/ pengerusi mpkk dan yang setaraf dengannya.

 

Cara Permohonan Dana Didik Johor Online

Untuk membuat permohonan secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan diperlukan seperti berikut:
    1. Info Dana Didik Johor
    2. Borang Permohonan Pembukaan SSPN Prime
    3. Borang Pengesahan Ibu dan Bapa (bagi ibu bapa tida slip pendapatan/tidak bekerja)
  2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul pada ketiga-tiga borang tersebut.
  3. Pastikan semua maklumat diisi debelum membuat penghantaran.
  4. Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan boleh dihantar menerusi berikut:
    • Emel ke [email protected] (dokumen sokongan yang telah discan dalam bentuk PDF sebelum dihantar melalui emel); atau
    • Diserahkan ke pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
    • Whatsapp: 019-739 7355

 

Cara Dapatkan Borang Permohonan Dana Didik Johor

Selain itu, ibu bapa juga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter berikut:

  • Was-wad bersalin hospital utama di Negeri Johor.
  • Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor.
  • Pejabat PTPTN Cawangan di Negeri Johor.
  • Pejabat Yayasan Pelajaran Johor.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Dana Did1k Johor, anda boleh merujuk pada saluran berikut:

 

 

Artikel Lain : Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor

Leave a Comment