Permohonan Budi Sabah 2022(Bantuan IPT Sehingga RM2000)

Permohonan Budi Sabah 2022(Bantuan IPT Sehingga RM2000)

Budi Sabah

 

Bagi pelajar anak Negeri Sabah yang baru sahaja melanjutkan pengajian di Institut Pangajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA atau IPTS, anda kini boleh memohon permohonan BUDI Sabah bantuan di bawah Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI).

Menerusi inisitif permohonan BUDI Sabah, pelajar-pelajar anak Sabah yang menyambung pengajian di IPTA atau IPTS pada tahun 2022 akan diberikan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM1500-RM2000 seorang.

Matlamat pemberian BUDI ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi iaitu di IPTA dan IPTS.

Permohonan BUDI telah dibuka mulai Mei 2022

Kadar Bantuan Tunai BUDI Sabah

Berikut adalah kadar bantuan tunai yang akan diberikan kepada pemohon:

  • RM1,500 bagi Peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi.
  • RM2,000 bagi Peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Budi Sabah

Syarat Permohonan BUDI Sabah

Pemohon permohonan BUDI Sabah  yang ingin memohon BUDI perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  1. Pemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
  2. Pemohon adalah pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja.
  3. Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
  4. Pemohon yang telah mendapat tajaan Biasiswa atau Dermasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini.

Cara Memohon permohonan BUDI Sabah

Berikut adalah langkah-langkah permohonan :

  • Layari laman web di pautan ini
  • Tekan butang ‘Permohonan.’
  • Tekan butang ‘Daftar’ di sebelah kanan paparan.
  • Isi maklumat dengan lengkap dan tekan butang ‘Daftar.’
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Isi maklumat yang diperlukan.
  • Kemudian sediakan dokumen sokongan.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  • Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma.
  • Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPT pemohon.
  • Salinan muka depan penyata akaun pemohon.

 

Soalan Lazim

1.Berapakah jumlan bantuan kepada pelajar yang layak menerima BUDI?

Bagi pelajar yang layak, mereka akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM2000 seorang.

 

2.Saya menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Adakah saya boleh memohon bantuan ini?

Tidak. Hanya pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja layak memohon BUDI.

 

3.Adakah saya layak memohon BUDI sekiranya pendapatan isi rumah keluarga saya ialah RM4,800?

Ya. Pendapatan keluarga pemohon yang berjumlah RM5,000 ke bawah layak memohon.

 

4.Adakah saya boleh memohon BUDI jika saya menyambung pengajian di IPT luar negara?

Tidak. Permohonan BUDI hanya dikhaskan kepada pemohon yang menyambung pengajian di dalam negara sahaja.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut mengenai bantuan BUDI, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di talian 088-369 872.

Artikel Lain : Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Sabah 2022

21 thoughts on “Permohonan Budi Sabah 2022(Bantuan IPT Sehingga RM2000)”

  1. Maaf, saya mahu bertanya. Macam mana saya tahu samada permohonan budi saya diterima atau tidak? Dan kenapa ada sesetengah orang yang tidak lengkap dokumen permohonannya dapat keputusan permohonan mereka telah diluluskan/diterima? Sementara saya, semua dokumen saya telah lengkap dan memenuhi kriteria layak untuk memohon tapi masih belum menerima apa apa lagi keputusan.

    Balas
  2. Adakah permohonan saya diterima?ayah saya baru² sahaja meninggal dunia🥺sekarang ada masalah kewangan.

    Please respon

    Balas
  3. Salam , mahu tanya jika yang terlepas permohonan budi ini adakah akan dibuka lagi untuk tarikh permohonan yang seterusnya bagi yang sangat-sangat memerlukan. Mohon komen agar saya mengetahuinya 🙂

    Balas
  4. Hello, macam mana mo semak permohonan Lulus atau tidak. Ada saya nampak link di FB tapi bila tekan link tidak pula dapat…page not found

    Balas

Leave a Comment