PERMOHONAN ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA TINGKATAN 1

PERMOHONAN ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA TINGKATAN 1

ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA

Kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak tahun 6 sesi persekolahan tahun 2022/2023 dan  berminat untuk menghantar anak ke Tingkatan 1 Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) bagi pengambilan tahun 2023, permohonan kemasukan kini telah dibuka. Disini kami akan kongsikan cara permohonan secara, semoga membantu.

 

APA ITU ASRAMA SEMAIBAKTI FELDA

Asrama ini merupakan kemudahan asrama yang diwujudkan oleh FELDA kepada anak-anak atau cucu-cucu peneroka serta anak kakitangan FELDA yang tinggal di kawasan rancangan bagi mendapat kemudahan pendidikan di kawasan bandar.

Asrama ini juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi.

 

LOKASI ASRAMA SEMAIBAKTI

Pada masa kini terdapat 3 lokasi yang tersedia iaitu:

  • Asrema Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL)
  • Asrema Semai Bakti FELDA Johor Bahru (ASBFJB)
  • Asrema Sri Semai Bakti FELDA Kuantan (ASSBFK).

 

SYARAT KELAYAKAN ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  • Syarat Utama
    • Wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) yang meliputi mata pelajaran berikut:
      • Matematik
      • Sains
      • Bahasa Inggeris
      • Sains dan Keperibadian
    • Pemohon wajib membawa salinan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkini dari sekolah masing-masing.
    • Terbuka kepada generasi Baharu FELDA, anak Petugas FELDA/kumpulan FELDA.
    • Pemohon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  • Syarat Tambahan
    • Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
    • Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin.

 

TARIKH PERMOHONAN ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA

  • Permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022 hingga 1 November 2022 secara online.

 

CARA PERMOHONAN ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA

Kepada ibu bapa yang berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan google form Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 ASBF Tahun 2023 
  2. Isikan makumat yang lengkap pada setiap bahagian berikut:
    • Maklumat Pemohon (Murid)
    • Maklumat Peribadi Waris
    • Pilihan lokasi asrama
    • Maklumat Ko-Kokurikulun
    • Pilihan Pusat Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP)
    • Borang pengesahan warga FELDA
  3. Setelah lengkap diisi, klik pada Sumbit.
  4. Permohonan anda telah berjaya di hantar, selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasukan ke ASBF ini, sila layari laman website rasmi ASBF Online Tahun 2022 

 

ARTIKEL LAIN

 

SIAP FELDA  (Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka)

Leave a Comment