TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN(GURU/ STAF SEKOLAH)

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN(GURU/ STAF SEKOLAH)

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

Sekolah anda akan meraikan majlis persaraan guru atau staf sekolah, sudah tentu anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacara majlis tersebut.

Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.

Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Kami akan memberikan contoh teks pengacara majlis persaraan guru atau staff sekolah tersebut.

Definisi Pengacara Majlis

Seseorany yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)

Artikel Lain : Teks Pengacara Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah

Contoh Teks Pengacara Majlis Persaraan Guru Atau Staf Sekolah

Anda boleh download teks pengacara majlis persaraan di pautan ini : Contoh 1, Contoh 2

 

TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

CUEANN.

 

 

KETIBAAN YANG DIRAIKAN

 

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie.

 

Selamat datang ke Majlis Persaraan Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

 

SALUTASI

 

 

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

 

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

 

1.    Yang berusaha, Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen,

Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

 

2.    Yang berusaha, Cikgu Mohd Jefferin bin Saat,

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

 

3.    Yang diraikan, Cikgu Haji Zainuddin Bin Hj Mohd Alie,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

4.    Yang berusaha, Cikgu Ahmad Imran bin Mat Isa,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

5.    Yang berusaha, Cikgu Noor Malawati Bt Aspan

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1

 

6.    Yang dihormati, Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin

YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

7.    Dif-dif jemputan

8.    Para guru dan murid

9.    Seterusnya hadirin yang dimuliakan.

 

 

 

 

 

 

 

KATA-KATA ALUAN PENGACARA

 

Hadirin yang dikasihi,.

 

Pakat bersama menunggang kuda,

            Biarpun seketika masanya cuma;

Sisihkan sengketa kiranya ada,

          Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

 

Anak Cina main gelombang,

         Terlihat jauh di Tanjung Jati,

Tuan umpama bunga yang kembang,

         Sentiasa hidup di dalam hati.

 

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini sama ada secara nyata mahupun maya adalah untuk meraikan Yang berusaha, Cikgu Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.

 

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga besarnya jasa Tuan Haji sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya. Sekalung penghargaan diucapkan buat Tuan Haji yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah seberapa majlis ini untuk meraikan Tuan yang hebat dan megah kewibawaannya.

BACAAN DOA

 

Hadirin para jemputan yang dihormati,

 

Kalau pergi Tanjung Keramat,

        Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

        Moga majlis mendapat berkat.

 

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al- Fadhil Ustaz

Mohd Sazamir bin Osman untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

 

–       Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

 

UCAPAN ALUAN GPK PENTADBIRAN

 

 

Para tetamu yang dihormati,

 

Duduk sekawan si burung unta,

         Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

         Kata azimat pembuka kalam.

 

 

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha, Cikgu Ahmad Imran bin Mat Isa, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk tampil menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Cikgu Ahmad Imran bin Mat Isa atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

 

UCAPAN YDP PIBGPara tetamu yang dikasihi,

 

Pergi ke kota beli selasih,

        Sayang si dara dibuat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

      Sulamkan mesra satukan jiwa.

 

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati, Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

UCAPAN PEGAWAI PPD PASIR GUDANGHadirin yang dikasihi,

 

Besar langit di tepi busut,

       Besar tak muat di dalam peti,

Besar hajat kami menjemput,

      Besar niat di dalam hati

 

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha, Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

–       Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian Yang berusaha Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen menyampaikan ucapan sebentar tadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TAYANGAN MONTAJ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GIMIK

 

Para tetamu yang dihormati,

 

Sudah teradat si anak lelaki,

Mati berjuang berundur jangan,

Berani kami menjunjung adat,

Bukan memberi kata dan puji,

Hanya budi dalam ingatan,

Buat kenangan sepanjang hayat.

 

Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan montaj yang telah disediakan. Dipersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan montaj sebentar tadi.

 

 

 

(KELUAR HANDSCANNER)

 

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang diraikan Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai tampil bagi menyempurnakan acara simbolik majlis persaraan pada hari ini.

(KEK MASUK)

 

Majlis mempersilakan, Yang berusaha, Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menyarungkan selempang kepada Yang diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie. Dipersilakan.

 

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Cikgu Haji Kuswandy bin Tayen untuk mengiringi Yang diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie menyempurnakan acara memotong kek. Dipersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Haji Kuswandy bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan Yang diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

UCAPAN YANG DIRAIKAN

 

Hadirin yang dikasihi,

 

Jangan tertawan alpa duniawi,

        Hanya indah serupa mimpi,

Duhai tuan kesatria dirai,

      Hulurkan madah kata bersakti.

 

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

 

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan yang diraikan menyampaikan ucapan sebentar tadi.

 

 

 

 

 

PENYAMPAIAN WATIKAH PERSARAAN OLEH PPD PGPara tetamu yang dihormati,

 

Atur cara majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan, Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikan watikah persaraan. Majlis mempersilakan.

 

Majlis menjemput dengan penuh takzimnya Yang diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin haji Mohd Alie untuk menerima watikah persaraan daripada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Dipersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Haji Zainuddin Bin Haji Mohd Alie.

PENYERAHAN SURAT PERTUKARAN MASUK GB BAHARUMajlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang berusaha, Cikgu Noor Malawati Bt Aspan untuk tampil bagi menerima surat pelantikan sebagai Guru Besar Baharu Sekolah Kebangsaan Kota Masai. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

 

 

 

PERASMIAN MINI STUDIO SK KOTA MASAIHadirin yang dikasihi,

 

Kita beralih ke atur cara terakhir pada hari ini. Untuk menyempurnakannya, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Cikgu Haji Zainuddin bin haji Mohd Alie untuk mengiringi Yang berusaha Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menyempurnakan acara perasmian studio mini Sekolah Kebangsaan Kota Masai. Majlis mempersilakan.

 

–       Begitulah tadi penyempurnaan acara perasmian Studio Mini Sekolah Kebangsaan Kota masai. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENUTUPHadirin yang dihormati,

 

Menggamit rindu datang ke mari,

        Waktu bersama duka gembira,

Kenangan lalu memahat memori,

        Taburan budi kilauan kejora.

 

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

 

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman.

 

Hadirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

 

Assalammualaikum w.b.t.

 

Kursus Latihan Pengacaraan Majlis

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146

Semoga perkongsian berkenaan teks pengacara majlis persaraan guru atau staff sekolah ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment