TEKS PENGACARA MAJLIS TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6

TEKS PENGACARA MAJLIS TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6

TEKS PENGACARA TAMAT PERSEKOLAHAN

Apabila menghampiri cuti sekolah hujung tahun sekolah anda akan mengajurkan majlis tamat persekolahan untuk murid tahun 6, pasti anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacara majlis tersebut.

Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.

Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Kami akan memberikan contoh teks pengacara majlis tamat persekolahan bagi murid tahun 6.

Definisi Pengacara Majlis

Seseorany yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)

Artikel Lain : Contoh Teks Pengacara Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah

Contoh Teks PENGACARA MAJLIS TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6

Anda boleh download teks di pautan ini : Contoh 1

 

                                                                                  TEKS PENGACARA MAJLIS TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6

Hari : Khamis

Tarikh : 31 Oktober 2019

Tempat : Persada Perpaduan SK Kota Masai

 

PERKARA/ PEMBACAPERNYATAANCATATAN
Murid mengambil tempatAssalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

 

Para guru dan murid yang dihormati,

 

Majlis Tamat Persekolahan Tahun 6 akan dimulakan sebentar lagi. Oleh itu, diminta murid-murid Tahun 6 dapat mengambil tempat yang telah disediakan.

 

Perhatian.

–        Apabila perarakan masuk barisan pentadbir diumumkan, murid-murid dipersilakan berdiri dan berada di tempat masing-masing.

–        Setelah perarakan masuk selesai, hadirin diminta bersedia dan menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah.

–        Diharap murid-murid dapat berada dalam keadaan senyap sepanjang majlis ini berlangsung.

 

Perarakan Masuk VIPMengumumkan perarakan masuk Yang Yang Berusaha, Cg Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie, barisan pentadbir dan guru-guru menuju ke Pentas Utama.

 

Hadirin dipersilakan untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik.

 

–        Para hadirin dipersilakan duduk

 

 

 

Kata Aluan MCAssalammualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

 

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

 

Jejaran mengkudu berbias kesuma,

Di celah angsana di Tanah Jawa,

Kata aluan pembuka bicara,

Di Persada Perpaduan kita bersua.

 

 

Yang berusaha,

Cikgu Haji Zainuddin bin Hj. Mohd Alie,

Guru Besar SK Kota Masai.

 

Yang dihormati,

Cikgu Norhaliza binti Taha,

Penolong Kanan Pentadbiran,

SK Kota Masai

 

Yang dihormati,

Cikgu NorAiani binti Ghazali,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

SK Kota Masai.

 

Yang dihormati,

Cikgu Zulkefli bin Abu Talib,

Penolong Kanan Kokurikulum

SK Kota Masai

 

 

Cikgu Mohd Faiz bin Mohd Nandari,

Penyelaras Tahun 6 SK Kota Masai,

 

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tamat Persekolahan Tahun 6.

Guru-guru Tahun 6,

Seterusnya, murid-murid Tahun 6 yang dikasihi.

 

Hadirin yang dihormati,

 

Alhamdulillah,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

 

Kesungguhan dan semangat berdaya saing anak-anak didik Tahun 6 ini yang memerah ketajaman fikiran serta idea bagi mencapai kejayaan yang cemerlang semestinya perlu dihargai dan disanjung.

 

Oleh itu, majlis pada hari ini ditampilkan sebagai wadah penghargaan terhadap semangat perjuangan anak-anak ini. Semoga, materi dan pujian yang diterima pada hari ini menjadi peneguh semangat bagi anak-anak untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

 

Bacaan DoaPara guru dan murid yang dirahmati,

 

Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi,

Doa dibaca memohon rahmat,

Moga majis sentiasa diberkati.

 

 

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh  Al-Fadhil Ustaz Mohd Faizan Bin Jusoh. Majlis mempersilakan.

 

–        Amin, amin ya rabbal a’lamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan kelancaran kepada majlis kita pada hari ini.

Ucapan PerasmianHadirin yang dihormati,

 

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi,

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

 

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya, Yang Berusaha, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Tamat Persekolahan Murid Tahun 6 SK Kota Masai 2019. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

(Gimik Perasmian)

 

–        Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

 

Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6Para tetamu yang dikasihi,

Bagi memulakan acara penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai untuk menyempurnakannya. Majlis mempersilakan.

Dipersilakan kelas 6 Amanah.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

 

 

 

Seterusnya, majlis mempersilakan

6 Bestari – Cg Norhaliza bt Taha, GPK Pentadbiran

6 Bijak – Cg Noraiani bt Ghazali, GPK HEM
6 Budiman – Cg Zulkefli bin Abu Talib, GPK Kokurikulum

6 Cekal – Cg Hajah Nor’Azah binti Muhamad, GPK Petang

 

Jamuan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hadirin, para tetamu yang dikasihi,

 

Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih,

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

 

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Cg Haji Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai diiringi barisan pentadbir untuk meninggalkan majlis dan menikmati jamuan yang telah disediakan. Majlis mempersilakan.

 

 

 

Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Tahun 66 Cerdas – Cikgu Tariq bin Aripin, Guru Kaunseling

6 Ceria – Cg Mohd Faiz bin Mohd Nandari, Penyelaras Tahun 6

6 Dedikasi – Cg Nor Ain bt Khalid, Pen. Penyelaras Tahun 6

6 Gigih – Ustazah Haslinda bt Haron, KP Pendidikan Islam

6 Jujur – Cg Tusiah bt Jamingan, KP Bahasa Melayu

6 Mulia – Cg Ayu Safarina bt Ahmad Sukri, KP Bahasa Inggeris

6 Sabar – Cg Sri Nurdiana bt Mohd Isa, KP Matematik

6 Tabah – Cg Supiah bt Monil, KP Sains

 

Nyanyian lagu Negaraku dan BersuraiHadirin yang dikasihi,

Banyak keluk ke Penarik,

Keluk tumbuh pohon kuini,

Nan elok bawalah balik,

Nan tak elok tinggallah di sini.

Saya mewakili pihak majlis dan seluruh tenaga kerja Majlis Tamat Persekolahan Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2019 mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada barisan pentadbir, semua guru dan murid-murid yang dapat bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.

Hadirin dipersilakan berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

Semoga kita bersua lagi pada masa yang akan datang.

Assalammualaikum w.b.t.

Kursus Latihan Pengacaraan Majlis

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146

Semoga perkongsian berkenaan teks pengacara majlis tamat persekolahan bagi murid tahun 6 ini memberikan manfaat kepada anda semua.

1 thought on “TEKS PENGACARA MAJLIS TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6”

Leave a Comment