Panduan Mengatasi Masalah Berkaitan AINS NILAM KPM
Untuk maklumat kepada para ibu bapa, bermula pada 16 November 2023, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyerahkan Advance Integrated Nilam System (AINS) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagaimana jika anda mempunyai permasalahan semasa akses sistem ini? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara atasi masalah AINS Nilam, semoga membantu.
Apa Itu AINS Nilam
Sistem AINS (Advance Integrated Nilam System) menggantikan NILAM untuk merekod bahan bacaan secara digital. Sistem ini merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual iaitu NILAM yang telah digunakan sejak tahun 1999.
Objektif AINS Nilam
Hasil bacaan anak-anak dalam sistem ini akan membantu mereka mencapai tahap 5 bintang untuk rekod mereka seterusnya membantu pencapaian dalam PAJSK. Ibu bapa murid-murid disarankan menggalakkan dan memantau pembacaan anak-anak di rumah demi kejayaan mereka.
Semoga dengan bantuan ibu-bapa semua, anak-anak kita dapat terus membaca walau di mana mereka berada.
Cara Rekod Bacaan AINS Nilam
Jika anda adalah seorang murid ataupun ibu-bapa yang ingin memasukkan maklumat bacaan, ikuti langkah di bawah.
- Layari pautan Advance Integrated Nilam System (AINS)
- Sila log masuk menggunakan ID DELIMA
- Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
- Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:
- Maklumat Bahan Bacaan
- Tajuk Buku
- Pilihan Bahasa
- Tahun Terbitan
- Pengarang
- Penerbit
- Jenis Bahan Bacaan
- Buku Fiksyen
- Buku Bukan Fiksyen
- Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
- Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
- Rumusan
- Aktiviti Pengayaan
- Aktiviti Lain-lain (jika ada)
- Setelah selesai mengisi, klik butang SIMPAN.
- Selesai
Masalah Berkaitan AINS NILAM KPM
Berikut adalah merupakan antara permasalahan yang sering terjadi semasa akses sitem ini iaitu:
- Tidak berjaya Log Masuk
- Terlupa kata Laluan
- Terlupa User ID
- Masalah Teknikal Sistem
Cara Atasi Masalah Berkaitan AINS NILAM KPM
Berikut adalah merupakan cara mengatasi permasalahan sistem ini iaitu:
Masalah Login Reset Password
- Anda boleh berhubung dengan guru ICT sekolah untuk proses reset semula kata laluan atau dapatkan email ID anda.
Masalah Teknikal AINS Nilam
- Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan TEKNIKAL sistem ini, anda boleh mengisi maklumat & masalah yang dihadapi menerusi pautan Maklum Balas AINS / Feedback AINS
- Pihak teknikal akan menghubungi anda dalam masa 48 jam.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan sistem aplikasi ini, anda boleh melayari laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
ARTIKEL LAIN:
- nilamjohor.edu.my (Login Nilam Johor Rekod Bacaan Buku)
3 thoughts on “AINS NILAM KPM Masalah Login Reset Password”