Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022 Zakat Pulau Pinang

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022 Zakat Pulau Pinang

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan

Berita gembira kepada kepada penerima Bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.

 Dapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula hari ini, 8 November 2021.

WAKTU URUSAN DI KAUNTER

  • Isnin – Khamis (8.30pagi – 4.30petang)
  • Jumaat (8.30pagi – 12.30) Tengahari (2.45petang-4.30petang)
  • Sabtu (9.00pagi – 3petang – Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)
  • Ahad Tutup

Sila nyatakan jenis bantuan yang ingin anda pohon. Terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi ketika memohon dan mengisi borang bantuan zakat seperti di bawah:

 

Objektif Bantuan Awal Persekolahan Pusat Zakat Pulau Pinang

Memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut disekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Artikel Lain: Permohonan Bantuan Awal Persekolahan RM150

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Pusat Zakat Pulau Pinang

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2021.

 

Syarat -Syarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Pusat Zakat Pulau Pinang

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat umumbantuan Zakat
  2. Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang
  3. Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi  persekolahan.
  4. Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.
  5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.
  6. Permohonan bantuan awal persekolahan tidak termasuk Pra-sekolah, Tadika, Taski atau IPT.
  7. Syarat pendapatan serta tanggungan yang layak adalah seperti berikut :
  8.   i) Pendapatan kasar (termasuk elaun) RM1,500.00 dengan 2 orang bersekolahan
  9.   ii) Pendapatan kasar (termasuk elaun) RM2,000.00 dengan 3 orang anak bersekolah.

    iii) Pendapatan kasar (termasuk elaun) RM2,500.00 dengan 4 orang anak bersekolah.

 

Cara-Cara Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Pusat Zakat Pulau Pinang

  1. Permohonan mestilah dibuat melalui borang bantuan zakat yang dikeluarkan oleh MAINPP
  2. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga / waris
  3. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekali sahaja dalam setahun
  4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tanggungan yang mempunyai surat sokongan sahaja
  5. Untuk bantuan kemasukan ke asrama, permohonan akan dipertimbangkan mengikut kes berdasarkan pendapatan isi rumah dan tanggungan.

 

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk ke saluran berikut:

Semoga perkongsian tentang bantuan awal persek0lahan pusat zakat pulau pinang dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment