eperolehan.gov.my(Cara Daftar & Login Semak Status Permohonan 2023)
Tercari-cari cara daftar log in dan semak status ePerolehan online eperolehan.gov.my ? Teruskan membaca di bahagian bawah ini untuk cara daftar log in dan semak status ePerolehan online sistem eperolehan.gov.my ini samada melalui mobile atau desktop.
Sedikit mengenai ePerolehan
ePerolehan merupakan sistem perolehan online, yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara atas talian.
ePerolehan juga berperananan sebagai salah satu cara untuk para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Sistem ePerolehan secara “paperless” ini sebenarnya lebih mudah, serta menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Cara Daftar ePerolehan
Sebelum boleh login ePerolehan dan masuk tender kerajaan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
Mana-mana syarikat yang berkelayakan, memang boleh masuk ePerolehan tender.
Jadi, anda perlu buat permohonan pendaftaran pembekal baru terlebih dahulu:
- Layari laman web rasmi ePerolehan di sini: https://www.eperolehan.gov.my/online-registration
- Pilih jenis akaun iaitu Akaun Asas, Akaun MOF dan Akaun G2G.
- Untuk maklumat lanjut, sila baca penerangan mengenai jenis akaun pembekal untuk daftar ePerolehan
- Kami andaikan anda mahu buat pendaftaran untuk Akaun Asas
- Pilih Akaun Asas
- Sila baca PENGENALAN AKAUN PEMBEKAL sebelum meneruskan cara daftar ePerolehan
- Selesai baca, tekan butang Seterusnya
- Baca TERMA DAN SYARAT dengan teliti
- Masukkan nombor dan aksara Captcha yang dikehendaki
- Klik Seterusnya
- Klik pada Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar
- Di bahagian MAKLUMAT AKAUN, masukkan:
- Jenis Perniagaan / Syarikat
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan jika dipinta
- Tekan butang Seterusnya
- Selesaikan hingga habis semuanya
Jenis Akaun Pembekal Daftar ePerolehan
Akaun Asas
Akaun ini adalah khas bagi pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.
Akaun MOF
Akaun ini adalah untuk pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
- Kontraktor: bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)
- Perunding – bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.
Akaun G2G
Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem ePerolehan.
Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pendaftaran ePerolehan Guna GMail
Jika anda seorang pembekal yang ingin mendaftar, anda dinasihatkan untuk menggunakan
- e-mel syarikat (contohnya [email protected])
- atau perkhidmatan GMail, iaitu servis e-mel Google seperti [email protected]
Jangan guna perkhidmatan e-mel Yahoo iaitu @yahoo.com, @ymail.com dan @rocketmail.com dalam urusan Pendaftaran Pembekal bagi mengatasi masalah penerimaan notifikasi e-mel daripada Sistem ePerolehan.
Cara Login Mobile ePerolehan
Bagi pembekal dan kontraktor yang selalu berada di luar, jika anda mencari-cari pautan yang betul, berikut ialah cara login ePerolehan mobile yang boleh diakses secara online menggunakan telefon bimbit biasa
- Download dan install browser Google Chrome
- Selepas siap semuanya, layari laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my
- Jika anda pengguna Android:
- Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
- Klik Desktop site
- Jika anda pengguna iPhone:
- Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
- Klik Request Desktop site
- Sekarang, anda akan dapat lihat seperti login melalui desktop
- Lihat senarai di Pautan Segera
- Di sebelah kiri, ada ikon yang berwarna hijau
- Klik Log Masuk Ke ePerolehan
- Sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini: https://www.eperolehan.gov.my/ssologin
- Masukkan ID Log Masuk
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Kini, anda sudah login ke dalam sistem ePerolehan online
Cara Login Desktop ePerolehan eperolehan.gov.my
Bagi pembekal dan kontraktor yang berada di pejabat, lebih sesuai menggunakan PC, komputer atau laptop. Berikut ialah cara untuk log masuk ePerolehan:
- Layari laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my
- Lihat senarai di Pautan Segera
- Di sebelah kiri, ada ikon yang berwarna hijau
- Klik Log Masuk Ke ePerolehan
- Sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini: https://www.eperolehan.gov.my/ssologin
- Masukkan ID Log Masuk
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Kini, anda sudah login ke dalam sistem ePerolehan online
Cuma ingin maklumkan di sini, ePerolehan login ini hanya sesuai digunakan untuk orang yang menggunakan PC ataupun komputer dan laptop.
Kurang sesuai jika masuk secara mobile menggunakan telefon bimbit kerana paparan sangat kecil. Apa-apa pun, terpulang kepada anda.
Senarai Perkhidmatan Dalam ePerolehan eperolehan.gov.my
Selepas selesai login, anda boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di dalam sistem ePerolehan ini.
Antaranya ialah:
- Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
- Menghantar permohonan
- Menerima Permohonan
- Menyemak status permohonan
- Menyerahkan tawaran tender
- Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
- Katalog Elektronik (eCat)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan eperolehan.gov.my
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan layari https://www.eperolehan.gov.my atau hubungi:
Tel: 603 7985 7777
Artikel Lain
CONTOH LETTERHEAD KERAJAAN & SYARIKAT (Format Kepala Surat)