Permohonan Bantuan Persekolahan Maipk

Permohonan Bantuan Persekolahan Maipk

Bantuan Persekolahan Maipk

 

Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak telah melaksanakan Bantuan Persekolahan MAIPK Tahun 2024. Penduduk Perak yang berkelayakan dipelawa untuk membuat permohona bantuan tersebut.

Bantuan ini menyasarkan kepada para pelajar yang bakal memulakan persekolahn tidak lama lagi.

Kami akan membantu anda berkenaan cara permohonan dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan tersebut.

Bantuan Persekolahan MAIPk 

Skim Bantuan Persekolahan adalah untuk anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna. Mereka tidak boleh tergolong dalam kumpulan keciciran pendidikan.

Bantuan ini dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan. Taraf pendidikan yang baik dapat membantu anak asnaf memperolehi pekerjaan yang sesuai dan berjuang untuk kelangsungan hidup serta menempatkan diri dalam masyarakat.

Info Penting Bantuan Persekolahan MAIPk

Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan.

Permohonan baharu hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:

  • Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2023
  • Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2023
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah

Tarikh Permohonan

Permohonan ini dibuka sehingga 28 Februari 2023 sahaja melalui borang permohonan yang telah disediakan di pejabat pentadbiran MAIPk daerah.

Syarat Kelayakan Umum

Dana zakat daripada Skim Bantuan Persekolahan MAIPk disalurkan berdasarkan syarat umum berikut:

  1. Pemohon / Penerima beragama Islam.
  2. Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
  3. Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).

NOTA:

Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan.

Permohonan baharu hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:

  • Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022
  • Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah

Cara Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN yang boleh dimuat turun di pautan ini :

https://www.maiamp.gov.my/index.php/korporat/pejabat-pentadbiran-daerah.html.

Borang Skim Bantuan PersekolahanMAIPk ini juga boleh didapati melalui atau di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak atau terus ke

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak

Waktu Berurusan
Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg | 2.00 ptg – 5.00 ptg
Jumaat : 8.00 pg – 12.15 tgh | 2.45 ptg – 5.00 ptg

Telefon
05 208 4000

Borang yang lengkap hendaklah diserah ke pejabat cawangan MAIPk yang berdekatan anda.

Artikel Lain : Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Pusat Zakat Pulau Pinang

1 thought on “Permohonan Bantuan Persekolahan Maipk”

Leave a Comment