BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK:BANTUAN KEPADA MAHASISWA 2021

BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK:BANTUAN KEPADA MAHASISWA 2021

BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK

Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan dua bantuan kepada mahasiswa anak Negeri Perak iaitu Bantuan Sara Diri & Bantuan Kecemasan Negeri Perak.

Kerajaan negeri Perak juga memperkenalkan Tabung Simpanan Pendidikan Rm 200 kepada anak kelahiran Perak.

Bantuan Sara Diri & Bantuan Kecemasan Negeri Perak ini diberikan bagi meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.

Selain itu, Bantuan Sara Diri & Bantuan Kecemasan Negeri Perak ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.

Bantuan Sara Diri ialah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan sara diri & kecemasan Perak ini juga diberikan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

Bantuan Kecemasan ialah bantuan yang diberikan sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah.

Antara contoh-contoh bencana atau musibah tersebut ialah:

  • Kemalangan
  • Kebakaran
  • Kematian ibu/bapa/penjaga
  • Kecurian
  • Bencana alam
  • Penyakit Kronik

Bantuan ini disalurkan melalui Yayasan Perak dan permohonan bagi kedua-dua bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

Bantuan sara diri & kecemasan Perak

Baca Juga: BIASISWA PINJAMAN YAYASAN TERENGGANU 2021:PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

Kadar Pemberian Bantuan Sara Diri & Kecemasan Perak

Kadar pemberian bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan adalah seperti berikut:

  • Bantuan Sara Diri – RM700 setahun.
  • Bantuan Kecemasan – RM300-RM1000 (mengikut kepada bencana atau musibah).

Baca Juga: Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2021:Permohonan Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40

Syarat Bantuan Sara Diri & Bantuan Kecemasan Negeri Perak

Syarat kelayakan permohonan mengikut jenis bantuan adalah seperti berikut:

Bantuan sara diri & kecemasan Perak

Bagi Bantuan Sara Diri, pemohon tertakluk kepada beberapa syarat permohonan iaitu:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau;
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau;
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    • Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Mahasiswa Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  5. Ibu dan bapa keluarga pemohon mestilah berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
  6. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
  7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan biasiswa pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  8. Pemberian akan diberikan sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

Baca Juga: PERMOHONAN BIASISWA MyBRAIN SC 2021 (PHD,MASTER & IJAZAH PERTAMA)

Bantuan Kecemasan, pemohon tertakluk kepada sayarat-sayarat berikut:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau;
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau;
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    • Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Mahasiswa Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  5. Pemohon perlu menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk laporan polis, laporan perubatan atau pengesahan oleh pemimpin tempatan (Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga/Pengerusi MPKK/Penghulu/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN).
  6. Pemohon perlu menghantar permohonan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian.

Baca juga: BTAR 2021: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Dokumen Untuk Permohonan

Bagi pemohon yang ingin memohon kedua-dua Bantuan sara diri & kecemasan Perak ini, pemohon perlu menyertakan beberapa dokumen seperti:

  1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  2. Salinan kad pelajar pemohon.
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar.
  4. Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).
  5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  6. Salinan Laporan Polis/Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  7. Penyata pendapatan bapa & ibu atau penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila sertakan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.
  8. Sokongan/perakuan/pengesahan borang permohoan:
    • Pihak yang boleh memberi sokongan ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
    • Pihak yang boleh membuat perakuan ialah ADUN/Penyelaras DUN/Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim (kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja).
    • Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN.

 

Cara Membuat Permohonan Bantuan Sara Diri & Kecemasan Perak

Terdapat dua cara membuat permohonan bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan iaitu:

  1. Permohonan secara online:
  2. Permohonan melalui Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Muat Turun Borang Permohonan Di SINI

Bantuan sara diri & kecemasan Perak

Baca Juga:CONTOH EVIDENS SKPMg2 2021

Info dan Maklumat Lanjut

Bagi pemohon yang ingin mendapatkan info dan maklumat lanjut tentang Bantuan sara diri & kecemasan Perak, anda boleh terus ke pejabat Yayasan Perak di alamat:

 

Yayasan Perak,

Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,

No 111 Jalan Sultan Idris Shah,

30000 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan.

 

Pemohon juga boleh menghubungi pihak Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau melayari laman web http://yayasanperak.gov.my/v5/

 

Leave a Comment