Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2023(Ulangan)

Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM (Ulangan)

Memperbaiki Keputusan STPM

Majlis Peperiksaan Malaysia kini membuka pendaftaran untuk calon membaiki keputusan STPM 2023 secara atas talian.Calon yang ingin membaiki keputusan STPM 2023 akan menduduki peperiksaan STPM 2023 pada peperiksaan Semester , Ulangan 1 dan Ulangan 2.

Tarikh Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 

Pendaftaran bermula 22 Ogos 2022 sehingga 22 September 2022

Memperbaiki Keputusan STPM

Kaedah Memperbaiki Keputusan STPM

Terdapat 2 kaedah memperbaiki keputusan :

i) memperbaiki keputusan secara keseluruhan
ii) memperbaiki keputusan secara tampal (patching)

Cara Pendaftaran Memperbaiki KeputusanSTPM

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut : https://daftarstpm.mpm.edu.my

1. Sistem Pendaftaran ini khusus untuk calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tahun semasa yang memperbaiki keputusan.

2. Calon yang memperbaiki keputusan MESTILAH membuat pembayaran secara dalam talian melalui sistem pendaftaran ini.

3. Calon yang memperbaiki keputus4n akan menduduki peperiksaan semester 3, Ulangan 1 dan ulangan 2 pada peperiksaan STPM tahun semasa.

4. Pilihan kaedah memperbaiki keputusan:

    (i) memperbaiki keputusan secara keseluruhan

    (ii) memperbaiki keputusan secara tampal (patching)

NOTA: Calon hendaklah merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan )

5. Calon hendaklah merujuk kalendar peperiksaan STPM tahun semasa pada portal MPM http://www.mpm.edu.my untuk mengetahui tarikh pendaftaran dibuka dan ditutup dan tarikh peperiksaan memperbaiki keputusan STPM.

6. Calon hendaklah mencetak / menyimpan Penyata Pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.

7. Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Pelajar boleh memasuki universiti dengan menggunakan keputusan STPM.

Dengan sistem peperiksaan modul yang baru, di mana setiap semester akan diuji, gaya pembelajaran di Tingkatan 6 sama seperti gaya universiti. Level STPM adalah setara A-Level.

Lepasan STPM juga boleh menyambung pelajaran keluar Negara seperti di Australia, United Kingdom & United States.

Artikel Lain : Cara Update UPUONLINE Lepasan STPM

Leave a Comment