Cara Menulis Kriteria Kejayaan Dalam RPH (Elemen Kecil Objektif Pembelajaran)

Cara Menulis Kriteria Kejayaan Dalam RPH (Elemen Kecil Objektif Pembelajaran)

Kriteria Kejayaan RPH

Penulisan Kriteria kejayaan adalah salah satu elemen dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Elemen ini perlu ditulis dalamRancangan Pengajaran Harian.Kami akan kongsikan beberapa contoh cara menulis kriteria kejayaan dalam RPH anda semua.

Apa Itu Kriteria Kejayaan RPH

Objektif pembelajaran dan Kriteria Kejayaan adalah mukaddimah kepada sesuatu PdPc. Masih ada yang keliru dan beranggapan bahawa kedua-kedua elemen di atas adalah  set induksi. Bukan. Set induksi adalah aktiviti yang dibuat untuk merangsang minat murid dan membina semangat ingin tahu. Selalunya sesuatu PdPc dimulakan dengan Set Induksi dan kemudian barulah objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.

Maklumat lanjut berkenaan RPH : https://www.moe.gov.my/muat-turun/jemaah-nazir-2/5214-rph-infografik-2022-jemaah-nazir/file

 

Apakah itu objektif pembelajaran?

Objektif pembelajaran ialah pernyataan yang menerangkan apa yang ingin dan perlu dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran. Kemahiran apa, topik apa, dari bahan apa, berapa banyak soalan atau latihan yang akan dinilai sebagai kayu ukur dan bagaimana kemahiran itu dapat dinilai secara zahir.

 

Apakah itu kriteria kejayaan?

Kriteria kejayaan ialah elemen-elemen kecil daripada objektif pembelajaran.

 

Contoh:

Objektif pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid boleh menulis 5 ayat majmuk untuk menerangkan gambarajah yang diberi.

Contoh Kriteria kejayaan RPH:

1. Murid boleh mengenal jenis kategori dan elemen dalam gambar rajah yang diberi.

2. Murid menguasai jenis-jenis kata majmuk.

3. Murid boleh menulis ayat yang gramatis dan menghasilkan ayat majmuk

 (Contoh umum)

 

Kepentingan Berkongsi Kriteria Kejayaan RPH

Kriteria Kejayaan ini dikongsi bersama murid-murid untuk memudahkan rujukan guru dan juga murid-murid sepanjang sesi pembelajaran. Dengan adanya penulisan kriteria kejayaan yang dikongsikan bersama, murid akan lebih berdikari untuk menyelesaikan tugasan.

Ini juga akan mengelakkan soalan yang berulang-ulang daripada murid semasa proses pembelajaran berlangsung. Murid lebih terbimbing apabila dapat melihat ‘destinasi akhir’ setiap sesi pembelajaran. Jadi, kongsilah objektif pengajaran dan pembelajaran ini bersama murid-murid!

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda lebih memahami cara menulis kriteria kejayaan dengan mudah dan berkesan.

 

Artikel Lain : Contoh Refleksi RPH

Leave a Comment