Permohonan Bantuan Pelajar IPT Yayasan Risda 2022 Bagi Kemasukan Diploma & Ijazah
Komuniti RISDA dipelawa untuk membuat permohonan Skim Bantuan Pelajar IPT 2022 bagi yang berkelayakan. Skim ini menawarkan pelbagai kemudahan dan dapat membantu meringankan beban komunit ahli RISDA.
Kami akan membantu anda dengan menyediakan cara permohonan Skim Bantuan tersebut dengan mudah dan berkesan.
Apa Itu Yayasan RISDA
Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan Syarikat Milikan RISDA sepenuhnya dan telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Ke-224 pada 21 Februari 2013. YR merupakan Syarikat Berhad tanpa modal saham yang tertakluk kepada Akta Syarikat 1965.
Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan pada tanggal 22 Disember 2015. YAYASAN RISDA mula beroperasi secara rasmi pada 4 Januari 2016.
- Yayasan RISDA atau YR ditubuhkan untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan aspek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi penyaluran bantuan sebagai usaha mengurangkan dan merapatkan jurang kemiskinan serta kelaparan masyarakat di luar bandar khususnya.
- Mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan Pekebun Kecil, warga RISDA, warga Syarikat Milikan RISDA (SMR) dan pesara-pesara RISDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya melalui latihan dan pendidikan, pembangunan sukan dan kesihatan, ransangan sosio-ekonomi dan kebudayaan serta peruntukan kemudahan tambahan.
- Mewujud dan menyediakan inisiatif atau dana kepada golongan miskin, kelainan upaya, anak yatim dan ibu tunggal melalui peruntukan dalam bentuk derma, bantuan kewangan dan kemudahan yang perlu.
Skim Bantuan Pelajar IPT Diploma Dan Ijazah 2022
Bantuan pelajaran ini dipertimbangkan kepada permohonan Semester 1 sahaja untuk membantu sebahagian pembayaran yuran kemasukan pelajar ke IPTA atau IPTS.
Skop Pembiayaan
Bidang / kursus bagi yang layak menerima bantuan Pelajaran di bawah pembiayaan Skim Bantuan Pelajaran meliputi semua kursus di Diploma dan Ijazah Pertama yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Pembiayaan bantuan adalah secara one-off dengan kadar bantuan
mengikut tahap pengajian seperti berikut:
Peringkat Pengajian | Kadar Bantuan |
Diploma | RM300.00 |
Ijazah Pertama | RM500.00 |
Syarat Kelayakan Pemohon
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon hendaklah terdiri daripada anak-anak pekebun kecil seperti mana yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau anak-anak wargakerja RISDA / SMR seperti yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
- Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
- Pemohon hendaklah telah menerima tawaran tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam / swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Tahap pengajian adalah pada peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam semua bidang / kursus yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam / swasta ( IPTA / IPTS ) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau peringkat pengajian yang diluluskan oleh Yayasan RISDA.
- Tidak mendapat bantuan dari sumber lain.
Cara Memohon
- Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang YR-01/2016
- Borang permohonan yang telah lengkap dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian dalam tempoh 2 bulan selepas pendaftaran kemasukan pengajian ke IPTA atau IPTS.
- Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup permohonan dan tidak lengkap akan ditolak.
- Setiap permohonan perlu disertakan salinan dokumen sokongan untuk tindakan urusetia Yayasan RISDA ;
- Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah anak Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR
- Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar dan Surat Beranak yang disahkan dan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja
- Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga ( Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR )
- Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti anak Pekebun Kecil ( TS32 / RISDA7 / TS 18A )
- Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti anak Pekebun Kecil
- Salinan Penyata Gaji / pengesahan Pendapatan Ibubapa / Penjaga ( Pendapatan Isirumah yang disahkan oleh JKKK / Pegawai Kerajaan Gred A /Penghulu )
- Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA / IPTS
- Salinan mengesahkan mendaftar sebagai Pelajar ( Resit bayaran kemasukan ke IPTA / IPTS )
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi 010-659 0062 atau emel ke [email protected].
Skim Bantuan Pendidikan Yayasan RISDA 2022
Manfaat skim pendidikan yang boleh membantu adalah :
- Biasiswa Pelajar UCAM (BPU)
- RM6,800 – RM13,800 / Pelajar / Tahun mengikut jenis kursus
- Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU)
- RM15 Sehari / RM450 Sebulan / Pelajar
- Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU)
- RM500 One off
- Bantuan Laptop Pelajar UCAM
- 1 laptop / 1 pelajar
- Insentif Pendidikan Staf
- RM500 Diploma, Ijazah Sarjana Pertama dan Sijil Profesional (One-off)
- RM750 Peringkat Sarjana dan Kedoktoran (One-off)
- Anugerah Yayasan RISDA
- RM2,000 one off
Syarat Kelayan Skim Bantuan Pendidikan Yayasan RISDA 2022
- Anak-anak komuniti RISDA
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,849
- Melanjutkan pelajaran di University College Agroscience Malaysia (UCAM)
Skim Bantuan Pesakit Kronik Yayasan RISDA
Khusus buat Kakitangan dan Pesara RISDA Yayasan RISDA menyediakan SKIM BANTUAN PESAKIT KRONIK secara One-off.
Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) /
pesara RISDA atau keluarga terdekat yang telah disahkan menghidap 36 jenis penyakit kritikal
Kadar bantuan adalah RM1,000 maksimum (one-off).
Syarat Kelayakan Skim Bantuan Pesakit Kronik Yayasan RISDA
- Staf RISDA / SMR, pesara RISDA (termasuk keluarga terdekat seperti suami / isteri / anak kandung / anak tiri / anak angkat).
- Tiada had pendapatan.
- Anak-anak yang masih di bawah tanggungan iaitu bawah 18 tahun dan 21 tahun bagi yang masih belajar. Tiada had umur bagi anak yang berstatus OKU.
Cara Memohon Skim Bantuan Pendidikan Yayasan RISDA
- Menggunakan borang ini.
- Kemukakan salinan dokumen berikut : Kad pengenalan / sijil lahir pemohon/pesakit b. Kad pengenalan ibu bapa /penjaga yang sah c. Kad Pekerja/ Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara) d. Laporan / Surat Pengesahan Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia atau Hospital Pakar yang dikitiraf oleh Kementerian Kesihatan berkaitan penyakit yang dihidapi
Maklumat Lanjut
Rebutlah peluang yang sangat bermanfaat ini. RISDA sentiasa prihatin pada semua.
Maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan boleh dapatkan di pautan : https://www.risda.gov.my/my/sumber/muat-turun/borang-borang
Sebarang pertanyaan boleh hubungi YAYASAN RISDA di talian 010-6590062 atau e-mel ke [email protected]
Artikel Lain : Bantuan Awal Pelajar IPT Luar Dan Dalam Negara