PERMOHONAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2022 RM4400 SEBULAN
Pelajar yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Jepun dan ingin memohon biasiswa tajaan kerajaan Jepun 2022, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) bagi sesi akademik tahun 2022 telah dibuka.
Untuk makluman, Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun ini menawarkan elaun bulanan sebanyak 117,000 yen (RM4,400) akan diberikan secara bulanan.
Pembiayaan ini termasuklah tiket kapal terbang pergidan balik juga disediakan.
Walau bagaimanapun, yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan.
Permohonan bagi biasiswa ini telah dibuka dan akan ditutup pada 28 Mei iaitu sebelum 4 petang.
Baca Juga: PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA KUMPULAN MAYBANK 2021
Baca Juga: BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK:BANTUAN KEPADA MAHASISWA 2021
Bidang Pengajian Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun
Bidang pengajian yang termasuk dalam pembiayaan biasiswa tajaan kerajaan Jepun ini adalah seperti berikut:
Sains Sosial dan Kemanusiaan
- Undang-Undang
- Politik
- Ekonomi
- Pentadbiran Perniagaan
- Pedagogi
- Sosiologi
- Sastera
- Sejarah
- Kewangan
- Bahasa Jepun
Baca Juga: BIASISWA PINJAMAN YAYASAN TERENGGANU 2021:PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
Sains Semula Jadi A
- Matematik
- Fizik
- Kimia
- Elektronik
- Kejuruteraan Elektrik
- Maklumat Kejuruteraan
- Kejuruteraan Mekanikal
- Senibina Tentera Laut
- Kejuruteraan Pertanian
- Kejuruteraan Awam
- Senibina
- Kejuruteraan Alam Sekitar
- Kimia Gunaan
- Kejuruteraan Kimia
- Kimia Industri
- Kejuruteraan Tekstil,
- Kejuruteraan Metalurgi
- Kejuruteraan Perlombongan
- Mercantile Marine
- Bioteknologi
Baca Juga: Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2021:Permohonan Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40
Sains Semula Jadi B
- Pertanian
- Kimia Pertanian
- Sains Haiwan
- Perubatan Veterinar
- Perhutanan
- Sains Makanan
- Perikanan
- Farmasi
- Kebersihan
- Kejururawatan
- Biologi
Baca juga: BTAR 2021: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Sains Semula Jadi C
- Perubatan
- Pergigian
Baca Juga: PERMOHONAN BIASISWA MyBRAIN SC 2021 (PHD,MASTER & IJAZAH PERTAMA)
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemohon biasiswa kerajaan Jepun yang berminat adalah seperti berikut:
- Pemohon biasiswa kerajaan Jepun mestilah berumur antara 17 hingga 25 tahun pada 1 April 2021 (dilahirkan antara 2 April 1997 dan 1 April 2005).
- Pemohon biasiswa kerajaan Jepun mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan).
- Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.
- Pemohon biasiswa kerajaan Jepun mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.
Baca Juga: Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2021:Permohonan Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40
Syarat Akademik
Selain syarat kelayakan, pemohon biasiswa kerajaan Jepun juga perlu memenuhi syarat akademik iaitu:
Baca Juga: DERMASISWA ZAKAT PULAU PINANG:PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENGAJIAN MAINPP 2021
Cara Memohon Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun
Untuk memohon biasiswa kerajaan Jepun, sila ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:
- Layari laman web https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/undergraduate.html.
- Klik pada perkataan ‘form’ untuk memuat turun borang permohonan.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Hantar borang yang siap diisi ke alamat berikut:
MEXT 2022 – Undergraduate
Japan Information Service,
Embassy of Japan,
No.11, Persiaran Stonor,
Off Jalan Tun Razak,
50450 Kuala Lumpur.
Baca Juga: PERMOHONAN PIDN JPA:PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2021
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.my.emb-japan.go.jp/.
Perkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan di seksyen Japan Information Centre (tingkat atas Kedutaan Jepun) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum).
Kedutaan Jepun mempelawa mereka yang berminat untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran di Jepun di sini atau melalui talian 03-2177-2600 (ext. 185) pada masa tersebut.