Cara Buat Link Google Meet (Taklimat/Mesyuarat/Kelas Online/Pdpr)

Cara Buat Link Google Meet (Taklimat/Mesyuarat/Kelas Online/Pdpr)

Cara Buat Link Google Meet

Kehidupan manusia kini mengalami perubahan yang ketara terutamanya ketika dilanda pandemik Covid-19. Pelbagai perubahan telah berlaku dan perlu diasimilasikan oleh setiap individu untuk mengikuti arus kemajuan. Penggunaan teknologi terutamannya dalam bidang komunikasi berkembang pesat. Setiap individu tidak kira pelajar mahupun pekerja terpaksa menyesuaikan diri dalam penggunaan komunikasi video call atan video conference.

Aplikasi yang sering menjadi pilihan ramai adalah Google Meet. Kami akan bantu anda untuk buat link Google Meet dengan pantas menggunakan telefon pintar atau komputer.

Apa itu Google Meet

Google meet merupakan sebuah aplikasi video conference atau boleh juga disebut sebagai meeting online. Google Meet merupakan salah satu produk buatan Google yang merupakan layanan komunikasi video yang dikembangkan oleh Google. Aplikasi Google Meet merupakan salah satu dari dua aplikasi dengan versi terbaru yang mana versi sebelumnya adalah Google Chat dan Google Hangouts. Pada bulan Oktober tahun 2019 lalu, pihak Google sudah memberhentikan versi klasik dari Google Hangouts.

 

Manfaat Google Meet

  1. Memiliki kemampuan untuk melakukan pertemuan atau rapat online dengan menggunakan nomor dial-in.
  2. Terintegrasi dengan Google Calendar sehingga dapat melakukan panggilan meeting dalam sekali klik saja.
  3. Teks tertutup yang dihasilkan oleh adanya AI
  4. Dapat berbagi layar untuk menampilkan dokumen, presentasi, atau spreadsheet.
  5. Panggilan antar semua pengguna sudah terenkripsi.
  6. Jika menggunakan pakai G Suite Enterprise, maka password pengguna akan terlindungi dengan aman.

 

Cara Buat Link Panggilan Video Google Meet 

Berikut adalah langkah-langkah untuk buat link Google Meet yang boleh anda ikuti:

  1. Layari dan muat turun aplikasi Google Meet di Play Store
  2. Di peranti mudah alih anda, buka aplikasi Google Meet tersebut

Cara memulakan video Google Meet

  1. Buka aplikasi Google Meet
  2. Klik pada “New meeting
  3. Pilih salah satu pilihan berikut:
    • Get a meeting link to share: Pilihan Ini akan menghasilkan pautan video mesyuarat yang boleh anda kongsi untuk bertemu pada masa sekarang atau kemudian. Untuk menjemput orang lain, klik pada butang “Share“. Untuk menyertai mesyuarat, salin kod ke medan “Gabung dengan kod”
    • Start an instant meeting:Buat mesyuarat yang anda sertai sekarang.
    • Schedule in Google calendar: Untuk menjadualkan mesyuarat, anda akan diarahkan ke aplikasi Google Kalendar.

 

Cara Menjadualkan Perjumpaan Video Dari Aplikasi Google Calendar

Anda juga boleh menjadualkan video anda dengan menggunakan aplikasi Google Calendar. Ikuti langkah mudah berikut:

  1. Buka aplikasi Google Calendar
  2. Klik pada + Event
  3. Tambah “Guess”
  4. Klik Done > Save

Semoga perkongsian tentang cara buat link google meet ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel lain : Cara Rekod Rakaman Google Meet

Leave a Comment