CARA PRINT SIJIL EPSA(Muat Turun & Cetak Guna Portal E-Pembelajaran Sektor Awam

CARA PRINT SIJIL EPSA(Muat Turun & Cetak Guna Portal E-Pembelajaran Sektor Awam

cara print sijil epsa

Para guru digalakan untuk menggunakan Portal EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) bagi mendaftar kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM. Anda akan diberikan sijil jika Berjaya menamatkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan.

EPSA diwujudkan untuk memenuhi tuntutan pembelajaran sepanjang hayat supaya keperluan latihan dapat disokong sepenuhnya, terutama dengan cabaran fenomena ekonomi global silang yang tidak lagi boleh menyokong sesi pembelajaran di dalam kelas sahaja. Kami akan kongsikan cara print sijil epsa yang mudah dan pantas.

 

Cara Daftar Kursus EPSA

  1. Log Masuk : No. IC

Password : eps@(6 nombor ic belakang)

 

  1. Okay, sekarang lihat di kiri anda terdapat menu Dashboard, myELearning, Katalog Kursus, Kursus Komuniti & Sijil.Klik Katalog Kursus untuk mendaftar kursus.

 

  1. Terdapat pelbagai kategori kursus yang ditawarkan oleh EPSA. Anda cuma pilih kursus mana yang berkenan di hati

 

  1. Okay, kali ini saya memilih kursus >> Pengenalan Asas Juruteknik Komputer. Apabila anda klik kursus tersebut, akan keluar popup seperti gambar di bawah. Klik butang yang berwarna hijau >>

 

  1. Setelah itu, akan keluar >>Operasi berjaya. Kemudian klik >> Masuk Kursus

 

  1. Masa minimum untuk kursus Pengenalan Asas Juruteknik Komputeradalah 0.5 jam atau 30 minit. Bermaksud anda perlu menjalani kursus ini minimum adalah 30 minit. Jika anda tercepat, atau masa kurang dari 30 minit, maka anda perlu belajar semula.

 

  1. Klik >> Bahan kursusuntuk mulakan pembelajaran anda. Disini terdapat 3 bahagian yang perlu anda selesaikan iaitu Asas Juruteknik Komputer, Assessment (10 soalan) dan Penilaian Kursus EPSA.

 

  1. Petanda aras jika anda sudah tamat kursus adalah simbol berwarna hijau penuh yang bermaksud selesai. Selagi anda tidak mendapat simbol selesai, maka anda perlu mengulang kembali kursus tersebut sehingga selesai.

 

  1. Okay, jika keluar simbol hitam penuh yang bermaksud selesai atau pun keluar garisan panjang hijau yang menyatakan 3 daripada 3 selesai. Itu bermaksud anda telah berjaya menamatkan kursus. Pastikan jumlah masa adalah sama atau lebih dari masa minimum.

 

 Cara Dapat Sijil EPSA

 

  • Setelah menamatkan kursus pilihan anda, kini anda boleh mendapatkan sijil untuk disimpan di dalam fail peribadi anda. Oh ya, jangan lupa untuk update kursus anda di >> SPLKPM>> sebagai salah satu Pembelajaran Kendiri(PK) untuk anda yang berkhidmat di bawah KPM. Kursus ini dikira sebagai salah satu aktiviti LDP anda.

 

  • Untuk mendapatkan sijil EPSA, klik >> Sijildi menu bahagian kiri untuk menjana sijil. Kemudian klik > Jana Sijil dan >> Muat Turun Sijil. 

 

  • SURAT TAMAT KURSUS EPSAataupun sijil sebagai bahan bukti anda telah menjalankan pembelajaran kendiri.

 

SOALAN LAZIM CARA PRINT SIJIL EPSA

 

Apakah syarat untuk mendapatkan Surat Tamat Kursus EPSA?

  1. a) Syarat untuk mendapatkan Surat Tamat Kursus adalah mengikut criteria seperti berikut:
  2. Pastikan Tiang Bar setiap topik dan sub-topik tamat/selesai.
  3. Pastikan memenuhi ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’.

 

Sebagai contoh Kursus Amalan 5 S, ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’ = 1 jam. Pengguna perlu menghabiskan kursus tersebut dalam tempoh masa >= 1 jam dan boleh diperiksa di Progress Report atau My Progress. Pembelajaran dalam tempoh satu (1) jam boleh disambung pada hari berikutnya.

 

  1. b) Kenapa keluar mesej  Learning Duration is not fulfilled. Semasa hendak mencetak Surat Tamat Kursus?

 

Pengguna masih tidak mencukupi syarat Tempoh Minimum Pembelajaran untuk kursus yang diambil. Sila lihat perkara berikut:

  1. Lihat  Learning Durationyang diperlukan dan bezakan Actual total time spend
  2. Klik My Progresspada Laman Pembelajaran.
  3. Klik butang Launchuntuk kembali belajar semula bagi mencukupi jumlah beza masa tersebut.

 

  1. c) Kenapa tidak boleh mencetak Surat Tamat Kursus?

 

Pengguna boleh mencetak Surat Tamat Kursus tanpa masalah dengan memastikan perkara berikut:

  1. Pastikan komputer dilengkapi Adobe Reader.
  2. Pastikan komputer membenarkan Pop-up Blocker.

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN CARA PRINT SIJIL EPSA

Jika ada pertayaan dan maklumat lanjut tentang register login EPSA,boleh hubungi di talian 03-20847777 samb. 7689/7701/7702

Pautan : https://www.epsa.gov.my/?language=ms

Isnin-Jumaat:8.30 pagi – 4.30 petang

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM: tutup

Semoga perkongsian cara print sijil epsa ini mmeberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artike Lain : Cara Login EPSA

Leave a Comment