CARA WHATSAPP DIRI SENDIRI (Nak Simpan Info & Note)

CARA WHATSAPP DIRI SENDIRI (Nak Simpan Info & Note)

CARA WHATSAPP DIRI SENDIRI

Semestinya anda ketahui aplikasi Telegram mempunyai fungsi saved message yang membolehkan anda menghantar mesej ke diri sendiri untuk simpan info atau nota. Kewujudan fungsi ini sebenarnya memudahkan penggunanya untuk melakukan sebarang catitan nota atau memo untuk diri sendiri tanpa perlu menggunakan aplikasi lain.

Berbeza dengan aplikasi Whatsapp, fungsi saved message sebegini tidak wujud pada aplikasi Whatsapp ini. Bagaimana cara untuk simpan info dalam whatsapp? Semestinya sebelum ini anda  terpaksa ‘menumpang’ WhatsApp orang lain bagi meletakkan teks mesej atau file tertentu sebelum ia dipindahkan ke dalam telefon bimbit mahupun kepada laptop. Buat pengetahuan anda, sebenarnya anda boleh menyimpan info atau nota dengan cara whatsapp diri sendiri. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU WHATSAPP DIRI SENDIRI

Namun dengan menghantar teks mesej atau file itu kepada nombor sendiri, ia lebih mudah dan tidak perlu melibatkan nombor rakan atau kenalan anda yang lain.

 

CARA WHATSAPP DIRI SENDIRI 

Bberikut adalah merupakan cara untuk anda whatsap ke no anda sendiri:

  1. Buka browser di pc atau laptop atau telefon bimbit anda
  2. Kemudian taip wa.me//(diikuti kod negara dan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan)
    • Contohnya seperti ini: me//60129234567
  3. Seterusnya tekan enter dan satu pop-up mesej akan keluar. Klik pada Continue to chat.
  4. Anda akan dibawa terus ke aplikasi WhatsApp ke perbualan dengan nombor anda sendiri.
  5. Disini, anda boleh menghantar fail atau nota yang dikehendaki kepada diri sendiri.
  6. Selesai, anda kini boleh WhatsApp nombor sendiri.

 

KELEBIHAN WHATSAPP

  • Tidak memerlukan wang untuk memasang aplikasi Whatsapp di telefon pintar dan ianya percuma.
  • Boleh menghantar mesej, gambar, video, audio dan pesanan suara dengan mudah tanpa kos yang tinggi.
  • Boleh berkomunikasi dengan lebih 50 orang rakan dalam ruangan ‘group’.
  • Kenalan yang mempunyai Whatsapp akan disenaraikan akaunnya tanpa perlu ditambah sebagai kenalan dan menunggu untuk diterima seperti rangkaian sosial yang lain.
  • Penggunaan data yang kecil berbanding aplikasi-aplikasi lain.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT DUIT DENGAN TIKTOK (Berapa Dapat Gaji Bulanan)

1 thought on “CARA WHATSAPP DIRI SENDIRI (Nak Simpan Info & Note)”

Leave a Comment