DSKP Bahasa Melayu Tahun 5 KSSR Semakan

DSKP Bahasa Melayu Tahun 5 KSSR Semakan

DidikTV KPM

DSKP Bahasa Melayu Tahun 5 KSSR Semakan dikongsi untuk memudahkan guru-guru merangka perancangan sesi pengajaran dna pembelajaran dengan berkesan. DSKP Tahun 5 KSSR Semakan 2017 ini mula digunakan pada tahun 2021.

Pastinya masih ramai yang memerlukan bahan ini untuk rujukan persediaan. Guru guru boleh muat turun DSKP melalui Portal Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) atau melalui pautan yang disediakan di bawah.

DSKP ini merupakan rujukan pelaksana kurikulum kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merujuk kepada program pendidikan yang meliputi kurikulum dan kegiatan kokurikulum.

Kurikulum ini juga merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan. Tujuan pelaksanaan kurikulum ini adalah untuk membantu perkembangan murid secara holistik dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi.

Selain itu juga, diharapkan dapat menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Apakah Maksud DSKP Bahasa Melayu Tahun 5?

DSKP ialah akronim bagi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Dokumen ini mengandungi standard kurikulum dan pentaksiran yang perlu dijadikan panduan kepada penulis buku teks, penggubal soalan-soalan pentaksiran, dan guru-guru yang mengajar subjek tersebut.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula. Semakan ini bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Penyusunan semula ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah setanding dengan standard antarabangsa.

Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSR menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Penggubalan DSKP KSSR Semakan

Penggubalan DSKP ini melibatkan semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi menjayakan pelaksanaan KSSR, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.

Muat Turun DSKP Bahasa Melayu Tahun 5

Klik [Muat Turun] untuk medapatkan DSKP Bahasa Melayu Tahun 5. Semoga perkongsian bahan ini dapat membantu mempermudah urusan cikgu-cikgu. Terima kasih.

Leave a Comment