Hoki Piala Dunia 2023 (Keputusan Kedudukan Carta & Jadual Siaran Langsung)

Hoki Piala Dunia 2023 (Keputusan Kedudukan Carta & Jadual Siaran Langsung)

Hoki Piala Dunia

Skuad hoki Malaysia berjaya menyertai Piala Dunia Hoki 2023. Penyertaan kali ini menjadi satu kebanggan semua rakyat Malayisa.

Skuad Speedy Tigers yang berada di kedudukan ke-11 dunia diundi untuk berada dalam Kumpulan C dalam kejohanan yang berlangsung di Bhubaneswar dan Rourkela, India

Kami menyediakan jadual siaran langsung untuk anda sama-sama memberi sokongan.

Apa Itu Piala Dunia Hoki 2023

Kejohanan hoki lelaki Piala Dunia membabitkan 16 pasukan dari negara-negara yang layak bertanding telah memasuki edisi ke-15 bagi tahun 2023.

Edisi kali ini merupakan kali kelapan Malaysia berjaya layak ke Piala Dunia Hoki dan menduduki tangga keempat merupakan pencapaian terbaik yang pernah dicatatkan pada 1975.

Skuad hoki lelaki negara yang akan bertemu juara bertahan edisi lalu, Belanda (ranking kedua dunia) esok serta New Zealand (ranking kesembilan) dan Chile (ranking ke-22) meletakkan sasaran melepasi saingan peringkat kumpulan di pentas dunia itu.

Undian Kumpulan Piala Dunia Hoki 2023

Kesemua pasukan telah diundi dalam 4 kumpulan iaitu Pool A, Pool B, Pool C dan Pool D. Malaysia yang telah layak secara merit berada di dalam kumpulan C bersama-sama juara dunia 3 kali, Belanda, New Zealand dan Chile.

Pasukan Dalam Setiap Kumpulan

  • Kumpulan A – Australia, Argentina, Perancis, Afrika Selatan
  • Kumpulan B – Belgium, Jerman, Korea Selatan, Jepun
  • Kumpulan C – Belanda, New Zealand, Malaysia, Chile
  • Kumpulan D – India, England, Sepanyol, Wales

Jadual Siaran Langsung Piala Dunia Hoki 2023

Teruskan bagi sokongan dengan menyaksikan aksi pasukan kebangsaan yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801.

Manakala perlawanan-perlawanan lain, akan disiarkan juga secara langsung di menerusi saluran Astro Supersport 811 dan Astro Go juga di Sooka.my. Selain itu, boleh juga strim secara online di https://watch.hockey/ secara percuma.

Jangan risau kalau anda tiada Astro, kejohanan ini juga akan ditayangkan di Sukan RTM dan TV Okey di saluran Astro 146 dan Myfreeview 110. Juga boleh strim di https://rtmklik.rtm.gov.my

Venue Piala Dunia Hoki 2023

India menjadi negara tuan rumah bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia edisi ke-15 dengan melibatkan 2 venue perlawanan di dua buah bandar iaitu Bhubaneswar dan Rourkela.

Tarikh Piala Dunia Hoki 2023

Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia [FIH] akan berlangsung bermula 13 hingga 29 Januari 2023

Format Pertandingan Piala Dunia Hoki 2023

  1. Saingan bermula dengan aksi peringkat kumpulan yang dimainkan secara round robin tunggal [satu perlawanan dengan setiap pasukan].
  2. Pasukan Juara setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir secara automatik.
  3. Pasukan yang berada di kedudukan kedua dan ketiga setiap kumpulan akan bersaing menerusi Cross-overs bagi merebut slot Suku Akhir.
  4. Peringkat Suku Akhir membabitkan lapan pasukan akan berentap untuk layak ke peringkat separuh akhir.
  5. Peringkat Separuh Akhir menyaksikan empat pasukan berentap untuk menjadi dua pasukan yang akan layak beraksi di perlawanan akhir [Final].
  6. Dua pasukan yang tewas pada peringkat Separuh Akhir akan bersaing bagi merebut tempat ke-3 kejohanan.

Kedudukan Carta Terkini Dan Jadual Perlawanan Malaysia

13 Januari 2023 (Jumaat)
FT : Argentina (1) – (0) Afrika Selatan – 3.30PM di Astro Superspot 811 & TV Okey
FT : Australia (8) – (0) Perancis – 5.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : England (5) – (0) Wales – 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : India (2) – (0) Sepanyol – 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

14 Januari 2023 (Sabtu)
FT : New Zealand (3) – (1) Chile – 3.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belanda (4) – (0) Malaysia – 5.30PM di Astro Arena 801 & & TV Okey
FT : Belgium (5) – (0) Korea Selatan – 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Jerman (3) – (0) Jepun – 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

15 Januari 2023 (Ahad)
Sepanyol vs Wales – 7.30PM di Astro Supersport 811
England vs India – 9.30PM di Astro Supersport 811

16 Januari 2023 (Isnin)
Malaysia vs Chile – 3.30PM di Astro Arena 801 & Astro Superspor 811
New Zealand vs Belanda – 5.30PM di Astro Supersport 811
Perancis vs Afrika Selatan – 7.30PM di Astro Supersport 811
Argentina vs Australia – 9.30PM di di Astro Supersport 811

17 Januari 2023 (Selasa)
Korea Selatan vs Jepun – 7.30PM di Astro Supersport 811
Jerman vs Belgium – 9.30PM di Astro Supersport 811

19 Januari 2023 (Khamis)
Malaysia vs New Zealand – 3.30PM di Astro Arena 801 & Astro Supersport 811
Belanda vs Chile – 5.30PM di Astro Supersport 811
Sepanyol vs England – 7.30PM di Astro Supersport 811
India vs Wales – 9.30PM di Astro Supersport 811

20 Januari 2023 (Jumaat)
Australia vs Afrika Selatan – 3.30PM di Astro Supersport 811
Perancis vs Argentina – 5.30PM di Astro Supersport 811
Belgium vs Jepun – 7.30PM di Astro Supersport 811
Korea Selatan vs Jerman – 9.30PM di Astro Supersport 811

————————————–

Pusingan Kedua

22 Januari 2023 (Ahad)
2nd (C) vs 3rd (D) – 7.00PM di Astro Supersport 811
2nd (D) vs 3rd (C) – 9.30PM di Astro Supersport 811

23 Januari 2023 (Isnin)
2nd (A) vs 3rd (B) – 7.00PM di Astro Supersport 811
2nd (B) vs 3rd (A) – 9.30PM di Astro Supersport 811

————————————–

Suku Akhir

24 Januari 2023 (Selasa)
TBD vs TBD
TBD vs TBD

25 Januari 2023 (Rabu)
TBD vs TBD
TBD vs TBD

————————————–

Separuh Akhir

27 Januari 2023 (Jumaat)
TBD vs TBD
TBD vs TBD

————————————–

Final

29 Januari 2023 (Ahad)
TBD vs TBD

————————————–

*Untuk pusingan seterusnya, akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Info Lanjut

Untuk info lanjut, boleh layari laman web rasmi FIH Hockey di www.fih.hockey

Artikel lain : Keputusan Piala AFF 2023

Leave a Comment