JADUAL CERAMAH USTAZ WADI ANNUAR(Lokasi & Tarikh)

JADUAL CERAMAH USTAZ WADI ANNUAR(Lokasi & Tarikh)

JADUAL CERAMAH USTAZ WADI ANNUAR

Ustaz Wadi Annuar adalah seorang pencermah bebas. Selain dikenali sebagai ustaz dan pendakwah di lapangan, Ustaz Wadi Annuar kini cukup dikenali secara online sama ada menerusi laman youtube atau tiktok sekali pun dengan kandungan video ceramah yang tentang islam.Setiap bulan, penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar akan kongsikan lokasi kuliyah dan ceramah beliau sama ada di masjid atau surau di seluruh Malaysia. Disini kami akan kongsikan jadual ceramah Ustaz Wadi Annuar untuk memudahkan urusan anda semua.

 

ANTARA CERAMAH USTAZ WADI ANNUAR YANG MENDAPAT PERHATIAN

Antara ceramah yang kini mendapat perhatian ramai adalah tentang akhir zaman, tentang akhir dan juga sirah Rasullah SAW. Orang ramai lebih menggemari bagaimana penyamapai yang dilakukan iaitu dengan jelas dan pastinya isi yang disampaikan lebih mudah faham kepada orang ramai.

 

BIODATA USTAZ WADI ANNUAR

  • Nama: Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub
  • Nama Gelaran: Ustaz Wadi Annuar (UWA)
  • Tarikh Lahir: 20 September 1983
  • Asal: Negeri Kedah
  • Pendidikan: Kelulusan Jurusan Syariah & Bahasa Arab, Institut Fatah Islami, Damsyik, Syiria
  • Kerjaya: Penceramah Agama, Pendakwah Bebas
  • Seorang pendakwah yang membina pengaruh kuat di platform media sosial Instagram dengan catatan lebih 390,000 pengikut menerusi nama akaun @ustazwadiannuar_official ini merupakan pengasas kepada institusi pendidikan dan kebajikan, Akademi Darul Iftak (ADI).

 

LATAR BELAKANG & PENGALAMAN USTAZ WADI ANNUAR

  1. Pernah menjadi pengetua Maahad Tahfiz Al-Annuar dari tahun 2016 hingga 2018.
  2. Berkhidmat sebagai guru sekolah menengah di sekolah swasta dan sekolah agama bantuan kerajaan dari 2008 hingga 2015.
  3. Pemegang tauliah mengajar di negeri Kedah.
  4. Pernah dijemput sebagai panelis untuk rancangan Al-Kuliyyah yang bersiaran di saluran TV3.
  5. Selebriti TV Al HIjrah rancangan Semusim Di Barzakh.
  6. Penceramah di stesen radio IKIM FM.
  7. Bergiat sebagai penceramah di masjid-masjid besar, antaranya Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Negeri Sultan Abdul Aziz Syah Alam, Masjid Al-Bukhari (Alor Setar, Kedah), Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah (Bukit Jelutong), Masjid Al-Falah Usj 9, Masjid At-Takwa (Bertam Indah, Pulau Pinang), Masjid Negeri Pahang (Sultan Ahmad Syah), Masjid Negeri Terengganu (Sultan Abidin), Masjid Sheikh Abdullah Fahim (Kepala Batas. Pulau Pinang) dan Masjid Khalid Al-Walid (Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementah).

 

JADUAL DAN LOKASI CERAMAH USTAZ WADI ANNUAR TAHUN 2023

Berikut adalah merupakan jadual ceramah bagi tahun 2023:

 

Jadual Dan Lokasi Ceramah Ustaz Wadi Annuar Bulan Januari 2023

Berikut merupakan senarai jadual waktu ceramah dan kuliyah bagi bulan Januari 2023:

  • 6 Januari (Jumaat) – Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas Pulau Pinang
  • 14 Januari (Sabtu) – Masjid Jamek Sungai Tiram, Bayan Lepas Pulau Pinang
  • 15 Januari (Ahad) – Masjid Al-Huda, Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • 20 Januari (Jumaat) – Masjid Muhajirin, Sungai Lalang, Kedah
  • 21 Januari (Sabtu) – Masjid Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah

 

ARTIKEL LAIN

JADUAL CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS  (Lokasi & Tarikh)

Leave a Comment