JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK KAFA 2023 (Bila Tarikh Ujian)
Jadual waktu peperiksaan UPKK sebagai panduan buat murid tahun 5 dan ibu bapa/ penjaga murid yang ingin mengetahui bila tarikh dan jadual peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) , tarikh Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2023. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK pada tahun 2023 yang memaparkan tarikh, masa, hari dan mata pelajaran.
Apa Itu UPKK
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Subjek Penilaian UPKK
Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu
- Bentuk Lisan : Al-Quran
- Bentuk Amali : Amali Solat
- Bentuk Lisan & Pemerhatian : Penghayatan Cara Hidup Islam
- Bentuk Penulisan :
- Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
Jadual waktu peperiksaan UPKK terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Ujian Amali, Lisan dan Bertulis. Mengikut tarikh tahun lepas, bagi kertas soalan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat .
Tarikh Pendaftaran UPKK
Pendaftaran calaon UPKK bagi sesi 2023 adalah pada 1 Mac hingga 26 Mei 2023
Tarikh Semakan Pendaftaran UPKK
Ibu Bapa boleh membuat semakan pendaftaran secara atas talian menerusi SIMPENI bermula pada 12 hingga 23 Jun 2023
Jadual waktu peperiksaan UPKK 2023 (Ujian Amali,Lisan dan Bertulis)
Untuk panduan semua, dikongsikan Jadual Waktu Peper1ksaan UPKK 2023 sebagai rujukan. Dapat di lihat melalui Jadual peperiksaan UPKK ini mengenai tarikh dan masa untuk Peperiksaan amali, lisan dan bertulis secara terperinci. Berikut dikongsikan jadual UPKK 2023 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.
- Peperiksaan Lisan: 3 April hingga 27 Oktober 2023
- Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam
- Peperiksaan Lisan : 1 hingga 30 November 2023
- Al-Quran
- Ujian Bertulis : 15 hingga 18 Januari 2024
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
- Sirah
- Jawi dan Khat
- Adab
- Lughatul Quran
Pemarkahan Gred UPKK
Pencapaian gred markah peperiksaan untuk UPKK adalah berdasarkan kepada skala markah berikut :-
- A (Tahap Cemerlang) 80-100%
- B (Tahap Baik) 60-79%
- C (Tahap Memuaskan) 40-59%
- D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39%
Infografik Takwin Pengoperasian UPKK
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FB Rasmi JAKIM: https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/
ARTIKEL BERKAITAN:
- Untuk contoh soalan UPKK anda boleh baca CONTOH SOALAN & JAWAPAN UPKK