JANJI TEMU VAKSIN KANAK-KANAK (5-12 Tahun) Check MySejahtera

JANJI TEMU VAKSIN KANAK-KANAK (5-12 Tahun) Check MySejahtera

JANJI TEMU VAKSIN KANAK-KANAK

Perhatian kepada ibu-bapa yang memiliki kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun, kini ada boleh mula daftar janji temu vaksin anak anda.

Daftar janji temu vaksinansi kanak-kanak menerusi aplikasi MySejahtera bakal di buka di seluruh negara pada 7 Mac ini.

Sebelum ini pendaftaran janji temu PICKids hanya dilaksanakan di Lembah Klang sejak PICKids dilancarkan pada 3 Februari lepas. Kini ianya diperluaskan ke seluruh negara sebagai usaha kerajaan dalam memberi perlindungan kanak-kanak terhadap varian Omicron.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.  Sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun melalui aplikasi MySejahtera akan dibuka pada hujung bulan ini. Sebagai permulaan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi berkenaan.

Tarikh Daftar Janji Temu Vaksin Kanak-Kanak

Bermula 7 Mac 2022

Apa Itu Janji Temu Vaksin Kanak-Kanak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022. Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan. Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.

Tarikh Pendaftaran Janji Temu Vaksin Kanak-Kanak

Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari 2022. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka. Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu

Cara Daftar Vaksin Guna MySejahtera

Untuk pendaftaran guna menerima Vaksin COVID, Anda boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera yang telah Anda miliki, berikut adalah panduan daftar vaksin COVID di aplikasi MySejahtera:

 

  1. Buka aplikasi MySejahtera di hanpdhone Anda.
  2. Tap/klik COVID19 Vaccination.
  3. Tap/klik Vaccine for (Nama Anda).
  4. Sahkan maklumat diri Anda dan lalu klik Confirm. Jika maklumat yang Anda masukkan salah, sila klik Edit.
  5. Tekan Click Here.
  6. Sila jawab soalan yang diberikan atau terpapar di skrin dan klik Hantar.
  7. Anda akan menerima maklumat yang menunjukkan bahawa pendaftaran yang Anda buat telah berjaya dilakukan.

 

Cara Daftar Vaksin Untuk Orang Lain

Adakah Anda tahu bahawa Anda boleh membantun mendaftarkan orang lain untuk mendapatkan vaksin COVID? Jika Anda belum tahu, berikut kami kongsi langkah-langkah cara daftar Covid-19 untuk orang lain melalui aplikasi MySejahtera.

 

  1. Buka aplikasi MySejahtera di hanpdhone Anda.
  2. Tap/klik COVID19 Vaccination.Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan

 

  1. Klik Add Vaccine Dependent. Untuk menambahkan orang menerima vaksin COVID-19.Cara Daftar Vaksin Untuk Anak

 

  1. Klik Add Vaccination Dependent.Cara Pendaftaran Vaksin Untuk Orang Lain

 

  1. Sila lengkapkan butir-butir kandungan. Klik Save.Cara Daftar Untuk Orang Lain MySejahtera

 

  1. Question, sila jawap semua soalan dengan betul, kerana soalan tersebut sangat penting. Klik Submit.Cara Daftar Untuk Orang Lain Guna MySejahtera

 

  1. Selepas itu nama tanggungan untuk pendaftaran vaksin akan keluar, sila klik nama tanggungan untuk melihat maklumat secara detail.

Untuk makluman: Pendaftaran bagi vaksin untuk orang lain ini iaitu orang tersebut mesti berumur 18 tahun keatas. Jika tanggungan belum berumur 18 keatas, tanggungan belum layak untuk dapat vaksin COVID-19.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Semoga maklumat yang kami kongsi diatas boleh bermanfaat untuk Anda, sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai MySejahtera, sila layari laman web rasmi https://www.vaksincovid.gov.my

Atau hubungi talian hotline: 1800-888-828

Semoga perkongsian tentang janji temu vaksin kanak-kanak ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Baca Juga:PENGAMBILAN TLDM 2021:PERMOHONAN PENDAFTARAN SEMAKAN STATUS(Lepasan SPM/SVM/Diploma Kejuruteraan)

Baca Juga: PERMOHONAN POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI:PENDAFTARAN & KEMASKINI (SESI AKADEMIK 2021/2022)

Leave a Comment