Cara Claim Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)

Cara Claim Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)

Takaful Pelajar Sekolah TPSM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan perlindungan pelajar 24 jam sehari dan 7 hari seminggu secara percuma melalui Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).

Skim ini dapat membantu keluarga mangsa sekiranya sesuatu berlaku kepada pelajar tersebut. Kami akan membantu dengan menyediakan info berkenaan cara tuntutan tersebut.

Apa Itu Takaful Pelajar Sekolah TPSM

TPSM merupakan sebuah skim takaful perlindungan yang berada di bawah pentadbiran Takaful Malaysia.

Skim ini disediakan adalah untuk memberi perlindungan pelajar-pelajar sekolah apabila mendapat kemalangan.

Golongan Pelajar Yang Terlibat

Berikut adalah kelayakan pelajar yang boleh menerima Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) ini :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar yang terdiri daripada :
    • Prasekolah
    • Sekolah Rendah
    • Sekolah Menengah
    • Tingkatan Enam

Jenis Tuntutan Takaful Pelajar Sekolah TPSM

Berikut adalah tuntutan dan kadar tuntutan yang diberikan :

No.Jenis TuntutanKadar Tuntutan (Jumlah)
1.Kematian akibat kemalanganRM5,500
2.Lumpuh berkekalan seluruh anggota akibat kemalanganRM22,000
3.Terpisah atau hilang anggota kedua-dua tangan, kaki, atau mataRM11,000
4.Khairat KematianRM1,500
5.Tuntutan Elaun Tunai Hospital bagi setiap hari yang dimasukkan ke hospital kerajaan/swasta tidak melebihi 60 hari berturut-turutRM25.00 sehari
6.Elaun Kerusi RodaRM1,000

Tatacara Tuntutan Takaful Pelajar Sekolah TPSM

Setiap tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan yang dialami oleh murid terbabit.

Tatacara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Ibu bapa perlu membawa dokumen berkaitan kepada pihak sekolah.
  2. Pihak sekolah perlu memuat turun borang tuntutan di pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/bpsh/4060-borang-tuntutan-skim-takaful-pelajar-sekolah-malaysia-2/file.
  3. Pihak sekolah perlu mengisi borang tuntutan tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Setelah siap, borang tuntutan, dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke mana-mana pejabat Cawangan Takaful Malaysia atau dihantar terus kepada:Urusetia Tuntutan TPSM
    Syarikat Takaful Malaysia Berhad,
    Tingkat 19, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia,
    No. 4 Jalan Sultan Sulaiman,
    50000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Dokumen Berkaitan

Dokumen berkaitan yang perlu dikemukakan bersama borang tuntutan adalah seperti berikut:

i) Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan

  • Laporan Polis (Kematian kemalangan sahaja).
  • Salinan Sijil Kematian/Permit menguburkan.
  • Salinan Sijil Kelahiran, Muka Hadapan Buku.
  • Bank/Penyata Bank & Kad Pengenalan Penerima.
  • Bayaran Tuntutan Takaful

ii) Tuntutan lumpuh berkekalan/terpisah atau hilang anggota

  • Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).
  • Laporan Polis.
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.

iii) Khairat Kematian

  • Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).
  • Salinan Sijil Kematian/Permit Menguburkan.
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.

iv) Tuntutan Elaun Tunai Hospital

  • Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).
  • Pengesahan Rawatan/Ward Chit/Discharge Note.
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.

v) Elaun Kerusi Roda

  • Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).
  • Salinan bil asal pembelian Kerusi Roda
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urusetia Tuntutan TPSM di talian 03-22681984 atau talian bebas tol 1-800 387180.

Artikel Lain : Cara Buka Akuan SSPN Anak 2022

Leave a Comment