Cara Buat Shopee Live (Panduan Seller Shopee)

Cara Buat Shopee Live (Panduan Seller Shopee)

Cara Buat Shopee Live

Shopee Live merupakan salah satu cara marketing dalam Shopee. Fungsi ia sama macam Facebook Live yang diguna oleh ramai pemain bundle. Seller boleh berinteraksi secara ‘real-time’ dengan buyer semasa live tu. Kami akan kongsikan cara buat shopee live dengan mudah dan berkesan.

Apa Itu Shopee Live?

Shopee Live Streaming adalah sebuah saluran dimana pengguna atau bakal pelanggan boleh tonton video siaran langsung daripada seller kegemaran dan kemudian boleh berinteraksi atau menanyakan soalan berkaitan barang yang dijual.

Shopee Live ini khusus untuk Seller je tau. Buyer atau pelanggan tiada akses kepada ciri ini.

Ini sekali gus mewujudkan interaksi 2 hala. Anda sebagai pengguna boleh tanya terus kepada seller berkaitan barangan yang dijual yang mungkin anda sebagai buyer berminat untuk membeli.

Ketika sesi stream di Shopee Live, pengguna boleh ‘follow’ terus kedai anda, kemudian kongsikan live tersebut bersama rakan mereka yang lain. Ini pastinya akan meningkatkan penjualan bagi seller.

Selain daripada itu, pengguna juga boleh lihat katalog barangan yang akan dikongsikan oleh seller semasa sesi live tersebut, jadi anda boleh terus tanyakan apa-apa soalan sehinggalah selesai acara siaran langsun tersebut.

 

Cara Buat Live Shopee Di Shopee

Syarat kelayakan untuk seller stream di Shopee Live mestilah telah meletakkan apa-apa produk di dalam kedai Shopee milik mereka.

Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil dan kualiti kamera yang baik.  Barulah ramai yang akan tonton video live Shopee anda nanti.

Shopee Live hanya boleh dilakukan melalui aplikasi Shopee sahaja. Tidak boleh dibuat menerusi laman web.

Berikut adalah cara buat live Shopee:

 

  1. Buka aplikasi Shopee  > Me > Live Streaming dan klik “Create Stream”

Cara Buat Shopee Live

  1. Masukkan gambar beserta deskripsi dan produk berkaitan atau yang anda ingin jual. Kemudian klik Next > Go Live untuk mulakan live anda

s2

Semasa dalam sesi live tersebut, anda boleh juga sediakan baucer untuk pelanggan anda supaya membeli barang di kedai Shopee anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh hadiahkan coins untuk pelanggan bila mereka menonton live anda. Ini sebagai hadiah kepada penonton dan menggalakkan lebih ramai yang akan tonton Shopee Live anda

Kelebihan Shopee Live

  • Pendedahan berkenaan produk itu akan bertambah dan boleh meningkatkan ‘follower’ dalam Shopee
  • Meningkatkan jualan sebab ramai buyer yang tau berkenaan produk ini
  • Shopee telah menyediakan Checklist sebelum membuat Live, jadi anda boleh tick dulu checklist ni sebelum betul-betul buat Live.

Cara terbaik untuk Buat Live Di Shopee

  • Ada tema untuk Live – Bukan sekadar menjual tapi boleh buat unboxing, kongsi resepi masakan, tips & trick dan lain-lain
  • Berinteraksi dengan buyer – Bila buyer komen Live tersebut, cuba untuk react
  • Sedia maklumat yang lengkap apa yang ingin disampaikan dalam Live tersebut
  • Sediakan promosi untuk buyer yang menyertai Live tersebut

Semoga perkongsian cara buat shopee live ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Cara Buat Diskaun Shopee

1 thought on “Cara Buat Shopee Live (Panduan Seller Shopee)”

Leave a Comment