eHASIL SELANGOR BAYAR CUKAI TANAH PETAK (Muat Turun Salinan Bil & Resit)

eHASIL SELANGOR BAYAR CUKAI TANAH PETAK (Muat Turun Salinan Bil & Resit)

eHASIL SELANGOR

Tahukah anda, bagi pemilik tanah anda dikehendaki membuat pembayaran cukai tanah yang dikenakan bagi setiap tanah yang anda miliki.  Kepada warga Negeri Selangor urusan untuk semakan dan bayaran cukai tanah, anda tidak perlu lagi ke Pejabat Tanah kerana kini semuanya boleh dilakukan online sahaja menggunakan eHasil Selangor. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU PORTAL eHASIL SELANGOR

Portal eHasil Selangor diwujudkan bagi memudahkan urusan semakan dan pembayaran cukai tanah dan cukai petak. Semuanya boleh dilakukan secara atas talian melalui pelbagai kaedah pembayaran

 

KELEBIHAN PORTAL eHASIL SELANGOR

Berikut adalah merupakan antara kelebihan menggunakan protal ini iaitu:

  1. Pembayaran Pantas Secara Atas Talian
    • Pembayaran secara atas talian dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet (FPX), kad kredit atau akaun perniagaan (B2B)
  2. Mudah Diakses
    • Anda menggunakan capaian internet dan tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
  3. Muat Turun Salinan Bil dan Resit
    • Salinan bil terkini boleh dimuat turun secara atas talian. Pengguna juga dapat melihat rekod sejarah transaksi pembayaran serta memuat turun salinan resit pembayaran.

 

TEMPOH BAYARAN CUKAI TANAH DAN PETAK

Anda bertanggungjawab untuk membuat bayaran kepada kerajaan negeri masing-masing dalam tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.

 

CARA SEMAKAN CUKAI TANAH DAN PETAK ONLINE

Untuk membuat semakan cukai tanah dan petak secara online, berikut adalah emrupakan caranya:

  1. Layari pautan Portal eHasil Selangor | Cukai Tanah / Cukai Petak 
  2. Terdapat dua cara untuk semakan iaitu:
    • Melalui No Akaun
    • Melalui Perincian Hak Milik (Cukai Tanah / Cukai Petak)
  3. Pilih cara yang anda ingin membuat semakan, masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan cari
  4. Paparan akan menunjukkan maklumat bil cukai anda

 

CARA BAYAR DAN MUAT TURUN RESIT CUKAI TANAH DAN PETAK

Pastikan anda membuat bayaran terlebihd ahulu untuk mencetak resit terkini iaitu:

  1. Layari pautan Portal eHasil Selangor | Cukai Tanah / Cukai Petak 
  2. Terdapat dua cara untuk semakan iaitu:
    • Melalui No Akaun
    • Melalui Perincian Hak Milik (Cukai Tanah / Cukai Petak)
  3. Pilih cara yang anda ingin membuat semakan, masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan cari
  4. Paparan bil cukai anda akan tertera. Sila pastikan maklumat seperti nombor hakmilik, nombor lot dan nombor akaun adalah betul dan tepat.
  5. Teruskan proses pembayaran anda melalui FPX (Financial Process Exchange).
  6. Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.
  7. Penyata pembayaran online (resit cukai tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Semakan Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor selepas 3 hari pembayaran dibuat.

NOTA: Pihak PTG Selangor tidak akan membuat bayaran balik kepada pembayar jika bayaran cukai yang dibuat melalui transaksi online ini melebihi daripada amaun cukai patut bayar dalam tahun semasa. Lebihan bayaran tersebut akan dikreditkan untuk bayaran cukai tahun berikutnya.

 

TIDAK DAPAT CETAK RESIT CUKAI eHASIL SELANGOR

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulang cetak, sila ke kaunter Bahagian Hasil, Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau mana-mana Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan selepas 3 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan berjumlah RM20.00 akan dikenakan bagi setiap kali cetakan semula.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai semakan cukai tanah dan petak, anda boleh layari portal rasmi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS)

 

ARTIKEL LAIN

HPIPT Selangor 2023(Permohonan Hadiah Kemasukan Ke IPT RM1000)

Leave a Comment