Cara Kongsi & Make A Copy Google Forms (Share Dekat Guru & Murid)

Cara Kongsi & Make A Copy Google Forms (Share Dekat Guru & Murid)

Make Copy Google Forms

Ramai guru menggunakan Google Form dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai aktiviti serta bahan dikongsikan menggunakan link google forms.

Kami akan kongsikan cara mudah untuk make copy pada link google forms. Anda dapat berkongsi link tersebut dengan pantas dan mudah.

Apa Itu Google Forms

Google Forms merupakan aplikasi Google Suite @ G-Suite yang boleh diakses secara dalam talian  secara percuma selain Google Docs, Google Sheets, dan Google Slides dalam Google Drive. Google Forms mudah untuk digunakan apabila digandingkan dengan Google Sheets untuk mendapatkan data dan menyimpan data terus ke hamparan data tersebut . Data-data yang tersimpan dalam Google Sheets boleh dianalisis untuk memberi maklumat yang dikehendaki. Selain itu Google Forms boleh memberi analisis secara terus.

Google Forms adalah borang maya yang membolehkan kita mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpulkan daripada responden yang telah kita tetapkan.  Contohnya kita boleh mendapatkan maklumat peribadi responden dengan membina borang menggunakan Google Forms dan disebar luaskan secara perkongsian dengan responden yang tetapkan atau sesiapa sahaja yang boleh akses kepada borang tersebut denganmenggunakan peranti dan gajet terkini seperti telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja.

 

Aplikasi Google Forms berfungsi bagi memberi kelebihan kepada anda dalam mengurus data serta berinteraksi dengan pengguna anda. Antara fungsi Google Forms:

  1. Membina kuiz interaktif
  2. Menumpulkan maklumat pengguna.
  3. Membina borang undian.
  4. Menguruskan kehadiran.
  5. Mengumpulkan hasil dapatan responden kajian.
  6. Membina Instrumen soal selidik.
  7. Menghasilkan analisis dapatan data, instrumen atau soal selidik.
  8. Menghasilkan soalan penilaian dan pentaksiran.
  9. Membuat analisis data secara mudah.

Cara Make A Copy Google Forms

Guru yang membuat sesuatu form perlu menyediakan form terlebih dahulu.

make copy google forms

  1. Buka Google Form yang hendak dikongsi
  2. Pergi ke tiga titik (sebelah butang SEND) > make a copy

vv

Mula-mula kena make a copy dulu pada google form tersebut. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan orang lain mengubah form asal tersebut.

 

  1. Seterusnya, pastikan anda berada dalam tab Copy of xxxx.. (copied version, bukan yang asal)
  2. Klik kat tiga titik > Add Collaborator

make copy google forms

  1. Klik CHANGE. Tukarkan dari PRIVATE kepada Anyone with the link > Can Edit>Save>Done

make copy google forms

  1. Lihat pada URL, Tukarkan perkataan edit kepada COPY> tekan ENTER> siap.

aa

  1. Bila dah keluar paparan macam di atas, anda telah berjaya dan boleh share link tersebut kepada orang lain.

Semoga perkongsian tentang make a copy Google Forms ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Cara Buat Google Form Kuiz dan Soalan

 

Leave a Comment