Pendaftaran Tabika KEMAS Online Sesi 2022 (Untuk 3-5 Tahun)

Pendaftaran Tabika KEMAS Online Sesi 2022 (Untuk 3-5 Tahun)

 

Pendaftaran Tabika KEMAS Online Sesi 2022

Permohonan Pendaftaran Tabika KEMAS Online 2022

Tahukah anda, perkhidmatan digital baharu di www.malaysia.gov.my kini menawarkan Pendaftaran Tabika KEMAS Online sahaja!

Aplikasi Pendaftaran Tabika KEMAS Online ini dibangunkan melalui projek rintis bagi membantu rakyat dengan memberi kemudahan melakukan permohonan kemasukan anak ke prasekolah secara dalam talian.

Jika sebelum ini hanya ada e-Prasekolah untuk tujuan pendaftaran atas talian bagi Prasekolah KPM, kini pendaftaran online telah diperluaskan untuk Pendaftaran Tabika KEMAS Online.

Pendaftaran Tabika KEMAS Online

Baca Juga: Cara Daftar Prasekolah 2022 Online

Walaubagaimanapun, sebagai permulaan hanya beberapa TABIKA KEMAS saja yang boleh menggunakan Pendaftaran Tabika KEMAS Online

Jom kita ketahui syarat Pendaftaran Tabika KEMAS Online, senarai TABIKA yang terlibat dan dokumen yang diperlukan untuk ibu bapa membuat persediaan.

 

Apakah TABIKA KEMAS?

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tabika KEMAS trtakluk Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 KPM (Dari 1 Mac 2021)

Syarat Pendaftaran TABIKA KEMAS Online 2022

  1. Permohonan Pendaftaran Tabika KEMAS  boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
  2. Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah mendaftar sebagai pengguna berdaftar di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS (https://enrol.kemas.gov.my/permohonan/public/) atau di Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/).
  3. Permohonan hanya boleh dilakukan 1 KALI SAHAJA.
  4. Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA.
  5. Permohonan HARUSLAH DICETAK dan DIHANTAR ke TABIKA KEMAS pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan semakan. Borang permohonan
  6. TIDAK AKAN diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar ke TABIKA KEMAS.
  7. Profil kanak-kanak haruslah didaftarkan di Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna Portal MyGovernment (malaysia.gov.my/portalprotected/familyprofile) terlebih dahulu sebelum permohonan boleh dilakukan.
  8. Kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.

baca Juga: UPU ONLINE 2021/2022:Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Senarai TABIKA KEMAS

Senarai TABIKA KEMAS yang terlibat dalam projek rintis MyGovernment untuk Pendaftaran Tabika KEMAS Online adalah seperti berikut:

SELANGOR

  1. TABIKA KEMAS 31 Rad
  2. TABIKA KEMAS Jalan Bahagia Olak Lempit A
  3. TABIKA KEMAS Kg. Kerdas
  4. TABIKA KEMAS Kg. Teras Jernang
  5. TABIKA KEMAS Kg. Salak Tinggi

PAHANG

  1. TABIKA KEMAS Kampung Kuala Sat
  2. TABIKA KEMAS Kampung Bukit Mat Daling
  3. TABIKA KEMAS Sungai Kucing
  4. TABIKA KEMAS (JAKOA) Sg.Berjuang
  5. TABIKA KEMAS Kampung Tekek Pulau Tioman

 

NOTA: Bagi TABIKA KEMAS yang tidak terdapat dalam senarai di atas, anda boleh memuat turun Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022 melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) atau di semua Tabika KEMAS yang berhampiran.

Rujuk senarai TABIKA KEMAS setiap di negeri dalam senarai di bawah:

*Lampiran: Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022

Pendaftaran Tabika KEMAS Online

Pendaftaran Tabika KEMAS Online

Pendaftaran Tabika KEMAS Online

Pendaftaran Tabika KEMAS Online

Baca Juga: Semakan Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

Tarikh Permohonan Pendaftaran Tabika KEMAS Online

Permohonan secara talian di buka daripada 1 Jun 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

 

Cara Pendaftaran TABIKA KEMAS 2022

Cara pendaftaran TABIKA KEMAS secara online melalui Portal MyGovernment adalah seperti berikut:

Cara Mendaftar Sebagai Pengguna

  1. Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL
  2. https://enrol.kemas.gov.my/
  3. Tekan butang Daftar
  4. Isi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Hantar.
  5. Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
  6. Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
  7. Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  8. Pilih Kaedah ‘Kata Laluan’ untuk pengesahan.
  9. Log masuk dengan menaipkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan/No. Pasport atau E-mel pengguna.
  10. Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh membuat semakan/mengemaskini profil penguna di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS. Ikuti langkah berikut untuk panduan mengemaskini maklumat di profil pengguna.

 

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Tabika KEMAS

  1. Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL https://enrol.kemas.gov.my/
  2. Klik [BORANG PERMOHONAN]
  3. Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna.
  4. Maklumat di Profil Pengguna merupakan maklumat yang diekstrak daripada pangkalan data Portal MyGovernment sewaktu pengguna pertama kali berjaya log masuk ke Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS.
  5. Maklumat yang diekstrak ialah:-
    • Nama;
    • No Kad Pengenalan;
    • Alamat E-mel; dan
    • No Telefon.
  6. Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.
  7. Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.
  8. Isikan juga Maklumat Kesihatan, Maklumat Keluarga, Maklumat Tanggungan, Pemilihan Tabika dalam ruang yang disediakan.
  9. Klik [Simpan] untuk menyimpan maklumat.
  10. Setelah selesai, anda perlu membuat pengesahan dan menerima notis permohonan berjaya.
  11. Sila cetak Borang Permohonan.

 

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran Tabika KEMAS Online

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilampirkan semasa menghantar permohonan ke sekolah TABIKA KEMAS yang telah dipilih.

  1. Borang Permohonan Online yang telah dicetak
  2. Borang Pengesahan Majikan / Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
  3. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  4. 1 Salinan MYKID Kanak-kanak.
  5. 1 Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  6. 1 Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  7. 1 Salinan kad OKU (jika berkenaan)
  8. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

*Nota: Dokumen ini perlu dihantar dalam masa 2 minggu setelah tarikh permohonan online.

Maklumat Lanjut Tentang Pendaftaran TABIKA KEMAS Online

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

Kementerian Pembangunan Luar Bandar,

Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.

 

Tel: +603-8891 2682

Faks: +603-8888 2312

Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my

Leave a Comment