UPU ONLINE (Permohonan UPU 2022 Online UA/ IPTA Politeknik ILKA )

UPU ONLINE (Permohonan UPU 2022 Online UA/ IPTA Politeknik ILKA )

UPU ONLINE

 

Harap maklum, permohonan UPU ONLINE akan dibuka bermula 4 Februari 2022. Pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang syarat, cara permohonan dan panduan UPUONLINE 2022

 

Syarat Am / Pemilihan Program UPU Online 2021/2022

Pemilihan program UPU Online  2022 boleh dibuat seperti berikut :

 

LEPASAN SPM

  • Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 ( Jika ada ).
  • Pilihan program boleh dibuat pada (akan dikemaskini)

*Klik disini untuk menyemak Syarat Am Lepasan SPM.

 

LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM

Berdasarkan :

1.STPM

  • Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2 STPM 2022

2.MATRIKULASI / ASASI 

  • Keputusan peperiksaan hingga semester 1

3.STAM

  • Keputusan peperiksaan percubaan ( jika ada )
  • Pilihan program boleh dibuat pada (akan dikemaskini)

4.LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

  • Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
  • Pilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN.

 

Hebahan Permohonan UPUONLINE 2022

Keputusan permohonan melanjutkan pengajian  ke UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) peringkat sivil, Asasi Dan Diploma Sesi Akademin 2022/2023 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh mula disemak.

UPU Online

Tarikh Semakan Permohonan UPUONLINE Sesi 2022/2023

mulai 22 Julai 2022 (12.00 tengah hari) hingga 31 Julai 2022 (5.00 petang).

Tempoh Setuju Terima Tawaran

Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:

23 Julai hingga 31 Julai 2022

Cara Semakan Permohonan UPUONLINE Sesi 2022/2023

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai 23 Julai hingga 31 Julai 2022.

Pautan Semakan UPU Online

Cara Rayuan UPUOnline

Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UpUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/

Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.

 

15 Panduan Permohonan UPU Online 2022

Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon UPUOnline 2021/2022:

  1. Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
  2. Layari portal rasmi UPU.
  3. Pastikan kategori anda betul.
  4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  5. Kira merit.
  6. Semak tren permohonan dan penawaran.
  7. Semak laluan kerjaya.
  8. Isi permohonan UPUOnline.
  9. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  11. Lengkapkan borang permohonan.
  12. Klik butang “SIMPAN”.
  13. Cetak slip permohonan.
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  15. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.

 

 

 

Tarikh Pembelian No. Unik ID BSN

Pembelian No. Unik ID BSN UPU Online (Baca Disini)

 

Panduan Memilih Program 

  • Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  • Program yang minat.
  • Pilihan program mengikut keutamaan.
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

 

 

Dasar Pemilihan Meritokrasi

Dasar pemilihan UPUonline 2022 adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;

 

90% MARKAH AKADEMIK

10% MARKAH KOKURIKULUM

 

Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:

 

 

Maklumat Lanjut Tentang UPU Online 2022

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2021, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:

 

Semakan Status UPU

  • Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.

e-Panduan

  • e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Kalendar Akademik (Takwim)

  • Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline

Aduan

  • Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.

Anda juyga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.

Leave a Comment