LOGIN PENYATA GAJI ONLINE: SEMAKAN & CARA TUKAR PASSWORD SLIP GAJI BULANAN (e-Penyata Gaji)
Bagi kakitangan awam atau kakitangan kerajaan yang ingin membuat semakan gaji secara online di e-Penyata gaji. Sistem yang disediakan secara percuma ini merupakan suatu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) untuk kakitangan awam kerajaan melakukan semakan slip gaji mereka secara atas talian
Sistem online ini membolehkan para penjawat awam menyemak slip gaji bulanan masing-masing. Setiap penjawat awam, wajib menggunakan sistem ePenyata ini. Sistem ini juga merupakan salah satu inisiatif ke arah sifar kertas bagi penggunaan slip gaji.
Login e-Penyata Semakan Slip Gaji Online
Untuk masuk ke dalam sistem e-penyata, berikut adalah caranya:\
- Anda bolehlah terus login ke dalam pautan ini: https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx
- Klik link tersebut, dan anda akan dibawa kepada laman login.
- Pada papara utama, masukkan no kad pengenalan anda dan juga kata laluan. \
- Kemudian klik daftar masuk.
Pertama Kali Mendaftar e-Penyata
Jika anda sebelum ini tidak pernah menggunakan sistem e-penyata ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
Klik sini untuk mendaftar akaun baru e-penyata ANM.
Isi kesemua maklumat yang diminta. Pastikan maklumat yang diberikan adalah semuanya betul. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.
Medan yang wajib anda isi semasa membuat pendaftaran adalah;
- No mykad (kad pengenalan)
- No gaji
- kata laluan (password)
- sahkan kembali kata laluan.
- soalan keselamatan (penting jika anda terlupa kata laluan)
- Jawapan kepada soalan keselamatan (pastikan anda ingat.)
- KLIK OK.
Terlupa Kata Laluan Login Penyata Gaji Online
Ada ketikanya anda terlupa akan kata laluan, jika ya. anda boleh dapatkan kembalik dengan klik –> LUPA KATA LALUAN
Masukkan no kad pengenalan anda dan juga nogaji. Kemudian klik seterusnya.
Cara Tukar Kata Laluan Penyata Gaji Online
Sekiranya anda ingin menukar kata laluan anda, terdapat dua kaedah yang boleh dilaksanakan iaitu:
- Kaedah 1
- Layari pautan https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/
- Pada Paparan utama klik pada Lupa Kata Laluan
- Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan seperti No kad Pengenalan dan No Gaji dan klik Seterusnya
- Maklumat anda ana tertera, sahkan dan klik pada Reset Kata Laluan
- Masukkan kod Catcha yang tertera
- Kata Lalauan semetara akan diterima melaui SMS atau Email anda
- Log masuk kembali menggunakan kata laluan sementara tersebut
- Kemudian anda boleh proses tukar kata laluan baharu anda dan klik Ok
- Selesai, anda telah berjaya tukar kata laluan anda
- Kaedah 2
- Layari pautan https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/
- Log masuk akaun anda dengan menggunakan kata laluan asal anda
- Pada paparan utama klik pada Tukar Kata Laluan
- Kemudian anda boleh proses tukar kata laluan baharu anda dan klik Ok
- Selesai, anda telah berjaya tukar kata laluan anda
Soalan Lazim
1.Berapa lama data penyata gaji disimpan dalam sistem ePenyata?
- bagi penyata bulanan, ianya disimpan sehingga 18 bulan ke belakang.
- Manakala bagi penyata tahunan pula, 7 tahun ke belakang.
2.Bagaimana nak dapatkan no gaji ?
- No gaji boleh diperolehi dengan menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat anda bekerja.
3.Bagaimana nak guna ePenyata pada telefon bimbit/ smartphone?
- Anda boleh terus layari laman web anm.gov.my dan login seperti biasa.
- Namun dinasihati agar install dahulu pdf reader pada smartphone anda.
- Ini bagi membolehkan slip gaji berformat PDF boleh dibaca/ dibuka.
4.ePenyata ada apps tak?
- Bagi pengguna android –https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.epayslipmobile&hl=en
- Bagi pengguna apple/ ios – https://apps.apple.com/my/app/epayslip-janm/id1481434530
- Pasang pada smartphone anda bagi memudahkan akses kepada sistem e-Penyata slip gaji online.
Carian Maklumat Slip Login Penyata Gaji Online
Selepas Login penyata gaji online, klik submenu yang tertera tulisan “sendiri”. Menu tersebut akan membawa anda fungsi untuk muat turun penyata gaji bulanan dan pendapatan tahunan.
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang persoalan mengenai sistem Login penyata gaji online e-penyata gaji, anda bolehlah hubugni pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia :
- Telefon : +603-8882 1000
- E-mel : [email protected]
- Tatacara Penggunaan Sistem Penyata & Laporan
- Soalan Lazim (FAQ)
- Facebook ANM
ARTIKEL LAIN
JADUAL GAJI 2022 TARIKH BAYARAN DUIT KAKITANGAN AWAM KERAJAAN & NEGERI