PERMOHONAN PTPTN ONLINE(Cara Isi Borang & Check Syarat Apply)

PERMOHONAN PTPTN ONLINE(Cara Isi Borang & Check Syarat Apply)

permohonana ptptn online

Pinjaman pendidikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Sekali gus, ia juga membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Bagaimana cara permemohonan PTPTN? online Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

SYARAT PERMOHONAN PTPTN

Syarat-syarat memohon pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh memohon PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

CARA PERMOHONAN PTPTN ONLINE

Bagi pelajar baru yang ingin membuat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN / permohonan kali pertama secara online, pelajar perlu membuat persediaan seperti berikut:

  1. Membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus di Maybank/Bank Rakyat / Bank Islam / Agrobank / RHB Bank atau mana-mana cawangan PTPTN dengan deposit minimum sebanyak RM20.
  2. Membeli nombor pin PTPTN dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan harga RM5.
  3. Membuat permohonan atas talian melalui laman web rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my . Isi semua maklumat dengan lengkap.
  4. Menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan atas talian mengikut kelompok.
  5. Mencetak dua (2) set dokumen perjanjian selepas permohonan berjaya dengan menggunakan kertas A4/80gsm sahaja. Senarai semak disediakan di laman web rasmi PTPTN sekiranya permohonan diluluskan.
  6. Membeli dua (2) unit setem hasil dengan harga RM10 seunit, di mana-mana cawangan pejabat pos (JANGAN DITAMPAL) dan bawa ke IPT pada hari pendaftaran.
  7. Menyediakan satu (1) set dokumen sokongan yang diperlukan mengikut senarai semak.
  8. Membawa semua dokumen perjanjian yang telah dicetak termasuk dokumen sokongan & setem hasil ke IPT masing-masing, tunggu pegawai PTPTN untuk membuat kutipan di IPT pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

 

PENDAFTARAN DI PORTAL i-PTPTN

Berikut adalah cara pendaftaran portal i-PTPTN:

  1. Sekiranya membeli No PTPTN melalui BSN:
    1. Layari pautan https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/first-time-application
    2. Lengkapkan maklumat berikut untuk membuat pendaftaran:
      1. No. Kad Pengenalan.
      2. Tarikh Bayaran (HHBBTT).
  • Masa Bayaran (JJMMSS).
  1. No PTPTN.
  1. Tekan butang Daftar.
  2. Lengkapkan maklumat Pendaftaran baru yang diperlukan.
  3. Klik pada ruagan terma dan syarat dan tekan butang DAFTAR untuk proses seterusnya.
  4. Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu selepas berjaya membuat pembayaran.
  1. Sekiranya membeli No PTPTN melalui online:
    1. Layari pautan Pendaftaran Permohonan Pinjaman: https://www.ptptn.gov.my/elmaspin-purchase-web/#/
    2. Pilih menu Pendaftaran Permohonan Pinjaman bagi peminjam baharu.
    3. Lengkapkan maklumat Pendaftaran baru yang diperlukan.
    4. Klik pada ruagan terma dan syarat dan tekan butang DAFTAR untuk proses seterusnya.
    5. Tekan butang Bayar untuk proses pembayaran.
    6. Pilih salah satu bank perbankan internet anda.
    7. Masukkan juga alamat emel anda yang sah. Ticl pada ruangan yang disediakan dan tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya.
    8. Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan.
    9. Peminjam boleh mendaftar permohonan baharu selepas berjayamembuat pembayaran.

 

PERINGKAT JUMLAH PINJAMAN PTPTN

Peringkat jumlah pembiayaan ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

PERINGKAT PEMBIAYAANKELAYAKAN
MaksimumSekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan rihatin Rakyat (BPR).
75% daripada pembiayaan maksimumPendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M)
50% daripada pembiayaan maksimumPendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR)

 

PERLINDUNGAN TAKAFUL PTPTN

Keistimewaan:

  • Premium dibayar oleh PTPTN.
  • Perlindungan Ringit ke Ringgit (akaun am) dan maksimum RM100,000.00 (akaun amanah).
  • Khairat/ pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000.00) dan penerima manfaat (RM500.00).

 

PEMBERHENTIAN PINJAMAN

Pinjaman PTPTN akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

  1. Gagal/berhenti pengajian peringkat/jurusanIPT yanh diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan
  2. Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN
  3. Pemalsuan maklumat semasa permohonan
  4. Peminjam diisytihar muflis

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) 

PTPTN juga menawarkan wang pendahuluan pinjaman atau WPP sebanyak RM1,500 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPT.

Wang tersebut akan dipotong setiap semester sebanyak RM500 (selama 3 semester).

Berikut syarat-syarat untuk memohon WPP:

  1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
  2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
  3. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH);
  4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
  5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

Sekiranya lulus, penunaian boleh dibuat di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa surat tawaran WPP dan MyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan).

Semakan tawaran WPP boleh dibuat di : https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan pinjaman pendidikan PTPTN ini:

  • Rujuk portal rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
  • Hubungi Talian Careline: 03-2193 3000 (Isnin – Jumaat | 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semoga perkongsian cara permohonan PTPTN online ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

ARTIKEL LAIN

Cara  Kemaskini PTPTN online

4 thoughts on “PERMOHONAN PTPTN ONLINE(Cara Isi Borang & Check Syarat Apply)”

Leave a Comment