Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT 2024 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Bantuan Pendaftaran IPT 2024 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kini membuka permohonan untuk Bantuan Pendaftaran ke IPT bagi sesi 2 tahun 2024. Skim bantuan ini merupakan salah satu inisiatif pendidikan YPJ yang ditujukan kepada anak-anak Johor yang layak.

Kenali Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Yayasan Pelajaran Johor ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.

Pemberian Pinjaman dan Biasiswa oleh Yayasan Peajaran Johor di dalam konteks ini merupakan perhubungan di antara peluang dan kemampuan. Ini adalah satu kewajipan sosial yang paling besar bagi Yayasan Pelajaran Johor.

Pembangunan sosial yang menyeluruh juga membawa di dalamnya unsur-unsur ekonomi. Di peringkat individu, pelajaran dan kemahiran yang lebih tinggi akan membuka peluang kepada pekerjaan-pekerjaan yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan. Bidang-bidang pilihan juga akan turut bertambah.

Tempoh Permohonan

Permohonan untuk Bantuan Pendaftaran IPT YPJ dibuka dari 3 Julai 2024 hingga 20 Ogos 2024 (Selasa).

Jumlah Bantuan

Kadar pemberian bantuan adalah sebanyak RM500 bagi setiap pelajar.

Kategori dan Pelajar Yang Layak

Bantuan ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian seperti:

  • Asasi
  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda di IPTA, KYPJ, Kolej Komuniti, dan Kolej Kemahiran Johor.

Syarat Am Permohonan

Untuk layak memohon, pelajar perlu memenuhi syarat-syarat seperti:

  • Dilahirkan atau menetap di Negeri Johor.
  • Tidak menerima bantuan pendaftaran daripada agensi lain.
  • Mengisi Borang Sokongan SBP dengan cop pengesahan dan tandatangan dari Pusat Khidmat DUN.
  • Dokumen sokongan termasuk salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Surat Tawaran IPT, dan Akaun Bank Pelajar.

Cara Memohon Bantuan Pendaftaran IPT Johor

Pemohon boleh membuat permohonan secara online melalui portal YPJ di portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp. Tiada borang permohonan disediakan di kaunter YPJ.

Pengesahan Dokumen

Dokumen sokongan permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Gred 41 & Ke Atas, Pegawai Kategori A, Penghulu, Ketua Kampung, atau yang setaraf dengannya.

Info Lanjut Bantuan Pendaftaran IPT Johor

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Yayasan Pelajaran Johor di:

  • Facebook: Yayasan Pelajaran Johor
  • Instagram: @yayasanpelajaranjohor
  • Portal Rasmi: portal.ypj.gov.my

Sumber: Yayasan Pelajaran Johor

Artikel Lain

DANA DIDIK JOHOR (Permohonan Caruman SSPN Prime RM100 Kelahiran Baru)

Leave a Comment