Portal Aduan Buli KPM (Cara Lapor Report https://www.moe.gov.my/aduanbuli)
Bagi menangani isu buli di sekolah yang sering berlaku,Portal Aduan Buli KPM telah dilancarkan bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM)
Portal tersebut dilancarkan dalam sebuah Program Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat usaha kerjasama antara KPM dengan KDN dalam menangani permasalahan disiplin dan salah laku, khususnya dalam kalangan murid di institusi pendidikan bawah KPM.
KPM akan terus memantapkan lagi kolaborasi dengan KDN menerusi PDRM dan AADK untuk mencegah salah laku disiplin murid serta keterlibatan dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.
Penglibatan seluruh lapisan masyarakat termasuk murid, guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa juga diharap dapat bersama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab menangani sebarang permasalahan disiplin dan salah laku yang boleh memberi kesan kepada masa depan anak-anak generasi pewaris negara.
Apakah Portal Aduan Buli KPM?
Portal Aduan Buli bagi membolehkan penyaluran maklumat berkaitan perbuatan buli yang berlaku di institusi pendidikan KPM.
Sebarang kes berkaitan kejadian buli boleh dilaporkan secara dalam talian melalui sistem aduan buli, e-mel dan juga talian telefon yang beroperasi 24 jam sehari.
Portal ini juga menyediakan maklumat mengenai tatacara pengendalian isu buli di sekolah yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada kita semua.
Cara Membuat Aduan Buli Di Portal Aduan Buli KPM
Portal ini boleh diakses melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli dan kejadian juga boleh dilaporkan dengan menghubungi talian 03-8884 9325 / 014-800 9325 atau menerusi e-mel [email protected].
Jenis Aduan Buli KPM
Apakah Jenis Aduan Buli Yang Boleh Dilaporkan?
Buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah untuk menangani masalah kes buli dalam kalangan murid.
Apakah Hukuman Kepada Pembuli Di Sekolah?
Berikut adalah hukuman disiplin yang boleh dikenakan kepada pembuli termasuklah:
- Dirotan tidak lebih daripada 3 kali ;
- Digantung dari sekolah semasa 14 hari ; atau
- Dibuang dari sekolah
Maklumat Lanjut & Pertayaan
Sila rujuk :
Sistem Aduan SISPAA
E-mel: [email protected]
Telefon : 0388849325 (Waktu bekerja)
Whatsapp / Telefon 24 Jam : 0148009325
ARTIKEL LAIN
LOGIN SSDM KPM 2022 (SISTEM SALAH LAKU DISIPLIN MURID)