PROGRAM JANAPRENEUR HRD CORP:CARA PERMOHONAN(Belia Lepasan Sekolah & Graduan)

PROGRAM JANAPRENEUR HRD CORP:CARA PERMOHONAN(Belia Lepasan Sekolah & Graduan)

Kerajaan memperuntukan RM125 juta melalui Human Resource Development Corporation (HRD Corp) untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah Program Janapreneur HRD CORP.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia dibuka kepada belia lepasan sekolah dan graduan dalam memberi latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan.

“Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30,000 orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.

Tambah Muhyiddin bagi memastikan pencari rezeki terus dapat menjana pendapatan mereka menerusi ekonomi gig, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW.

Katanya, ia bakal membantu lebih 20,000 pencari pekerja dalam ekonomi gig.

PROGRAM JANAPRENEUR HRD CORP

Baca Juga: ELAUN MENCARI PEKERJAAN RM300:CARA DAFTAR MYFutureJobs(Graduan Baharu/Lepasan Sekolah/Pekerja Sektor Tidak Formal)

Golongan Layak Memohon Program Janapreneur Place and Train

Antara mereka yang akan meerima manfaat daripada pelaksanaan Program Janapreneur ialah:

  • Belia Lepasan Sekolah
  • Golongan graduan yang berminat

Baca Juga: JITU (PROGRAM JARINGAN INISIATIF UMUM):BANTUAN ASAS MODAL & BIMBINGAN PERNIAGAAN (Golongan OKU/Gelandangan)

Cara Permohonan Program Janapreneur Place and Train

Cara permohonan untuk mengikuti Program Janapreneur Place and Train masih belum diumumkan. Jika mengikut mengikut PEMERKASA sebelum ini menggunakan program e-Latih. Cara permohonan untuk mengikuti Program Janapreneur Place and Train akan dikemaskini dari masa ke semasa. Jika berlaku pengumuman dan masih menggunakan e-Latih anda boleh ketahui cara permohonan untuk mengikuti Program Janapreneur Place and Train dengan klik pautan LOGIN e-LATiH PEMERKASA Plus.

Baca Juga: BANTUAN KHAS GOLONGAN OKU RM500 SEORANG 3 BULAN :SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN(Hilang Pekerjaan/Tiada Pekerjaan)

Teks Ucapan Program Janapreneur Place and Train HRD CORP

Teks ucapan PEMULIH berkaitan Program Janapreneur Place and Train yang diumumkan hari ini terkandung dalam bilangan ke.21, agenda ucapan seperti berikut:

  1. Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan 125 juta ringgit melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan. Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan. Pihak MDEC pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20 ribu pencari pekerja dalam ekonomi gig.

JITU

Baca Juga: BANTUAN KHAS PENGUSAHA KANTIN RM1000 ONE-OFF:SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN(Pengusaha Kantin Berdaftar)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan khas Program Janapreneur HRD CORP Place and Train melalui pekej PEMULIH ini anda boleh baca teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri di: https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bantuan khas Program Janapreneur HRD CORP Place and Train pekej PEMULIH ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.

Leave a Comment