Ujian Buta Warna 2023 (Contoh Soalan & Jawapan)

Ujian Buta Warna 2023 (Contoh Soalan & Jawapan)

Ujian Buta Warna

Apakah yang terlintas difikiran anda tentang buta warna? Ramai dikalangan kita membayangkan kehidupan tanpa warna kecuali hitam dan putih sahaja.

Sebenarnya tanggapan ini adalah salah, kerana individu buta warna masih boleh mengenal pasti warna tetapi persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan warna normal. Mereka mempunyai kesukaran membezakan warna terang dan warna gelap.

Mengikut undang-undang jalan raya, individu yang memiliki masalah buta warna ini biasanya tidak dibenarkan untuk mengambil ujian lesen memandu jalan raya.

Jenis-jenis Buta Warna

Secara umumnya, terdapat beberapa kategori buta warna seperti yang berikut:

  1. Buta Warna Merah-Hijau
  2. Buta Warna Biru-Kuning
  3. Buta Warna Lengkap

1. Buta Warna Merah-Hijau

Ini adalah jenis buta warna yang paling biasa ditemui di mana individy tersebut tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.

Terdapat empat 4 jenis buta warna merah-hijau:

Deuteranomaly: Orang yang menderita Deuteranomaly melihat warna hijau lebih merah – dianggap sebagai buta warna ringan kerana ia tidak menjejaskan aktiviti rutin biasa.

Protanomaly: Orang yang mempunyai Protanomaly melihat warna merah sebagai lebih hijau dengan kurang kecerahan – dianggap sebagai ringan dan biasanya tidak mengganggu aktiviti biasa dengan ketara.

Protanopia dan deuteranopia: Menjejaskan orang dengan cara mereka tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.

2. Buta Warna Biru-Kuning

Buta warna biru-kuning menyebabkan kesukaran untuk mengenal pasti perbezaan antara biru dan kuning serta warna kuning dan merah.

Buta warna jenis ini kurang ditemui di kalangan awam.

Berikut adalah 2 jenis buta warna biru-kuning:

Tritanomaly: Menjadikannya sukar untuk membuat perbezaan antara biru dan hijau, dan antara warna kuning dan merah.

Tritanopia: Menyebabkan kesukaran membezakan antara warna biru dan hijau, warna ungu dan merah serta warna kuning dan merah jambu.

3. Buta Warna Lengkap

Orang yang mengalami masalah buta warna sepenuhnya tidak dapat melihat warna sama sekali.

Keadaan perubatan ini dipanggil monokromasi dan agak jarang berlaku.

Orang yang mengalami monokromasi bukan sahaja menghadapi masalah untuk melihat dengan jelas tetapi juga lebih sensitif kepada cahaya.

Kepentingan melakukan ujian Buta Warna

Keabnormalan ini boleh berbahaya dan menyebabkan kemalangan serius di jalan raya.

Oleh kerana papan tanda dan penunjuk lalu lintas mengikut skema pewarnaan di peringkat antarabangsa, orang yang buta warna tidak layak untuk mendapatkan lesen memandu.

Sebaik sahaja buta warna disedari, sila hubungi doktor optometri anda dengan segera.

Untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia, calon perlu menjawab ujian buta warna untuk sebarang kemungkinan masalah buta warna dan kekurangan penglihatan.

Lulus ujian buta warna adalah prasyarat untuk mencuba ujian tanda lalu lintas dan peraturan berasaskan komputer, dan ujian pemanduan praktikal.

Contoh Soalan Ujian Buta Warna

Tempoh ujian ini adalah 15 minit sahaja.

Jumlah 8 soalan akan ditanya. Untuk lulus ujian, calon perlu mencapai 100% markah.

Sekiranya calon gagal dalam ujian buta warna, JPJ akan mengarahkan calon tersebut mendapatkan nasihat perubatan dan pemeriksaan mata.

Walau bagaimanapun, format dan jenis soalan yang dikeluarkan oleh pihak JPJ mungkin berubah dari semasa ke semasa

Ujian Buta Warna

Kenalpasti nombor yang dipaparkan.

Jawapan : 15

Ujian Buta Warna

Kenalpasti nombor yang dipaparkan.

Jawapan : 7

ujian rabun

Kenalpasti nombor yang dipaparkan.

Jawapan : WJH 718

UJIAN RABUN

Kenalpasti nombor yang dipaparkan.

Jawapan : 16

Artikel Lain: Contoh Soalan Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ

Leave a Comment