Cara Daftar & Pelaksanaan DCS(Digital Competency Score)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS) bagi tahun 2024. Murid yang terlibat perlu menjalani ujian tersebut sehingga berjaya.Kami telah menyediakan panduan ringkas cara daftar & pelaksanaan DCS . Anda boleh mengikuti Langkah-langkah tersebut.
Apa Itu Digital Competency Standards (DCS)
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), dalah instrument penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.
Cara Pelaksanaan Digital Competency Standards (DCS)
Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score (DCS) di sekolah-sekolah ini akan diuruskan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT.
Kumpulan Sasaran Digital Competency Standards (DCS)
Penilaian Standard Kompetensi digital (Digital Competency Standards – DCS) ini akan dilaksanakan dua fasa seperti berikut.:
- Kumpulan 1 : Sekolah Menengah
- Murid Tingkatan 3 (40 orang)
- Murid Tingkatan 5 (40 orang)
- Kumpulan 2 : Sekolah Rendah
- Murid Tahun 6 (40 orang)
Tarikh Perlaksanaan Digital Competency Standards (DCS)
Traikh perlaksanaan DCS adalah mulai pada 10 Ogos 2023 hingga 30 November 2023
Cara Daftar DCS Admin Sekolah
Berikut adalah cara daftar & pelaksanaan DCS peringkat Admin Sekolah :
- Log masuk ID Admin
- Guru log masuk ID admin ke laman web DCS menggunakan kod sekolah sebagai ID dan kod sekolah sebagai password.
- Buat ID guru
- Buat ID guru dengan mendaftar guru sebagai pentadbir kelas. Berikan ID sementara kepada guru berkenaan untuk mereka log masuk.
- Guru tersebut akan mendaftar masuk dengan ID sementara dan diminta tukar ke no kad pengenalan sebagai ID tetap dan menggunakan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan.
- Buat kelas dan daftarkan murid
- Setiap guru akan mendaftar kelas dan setiap kelas guru perlu memuat naik data murid beserta no kad pengenalan mereka.
- Murid akan log masuk menggunakan no kad pengenalan dan 4 digit terakhir kad pengenalan sebagai password.
Cara Daftar DCS Guru Kelas
Berikut adalah cara daftar & pelaksanaan DCS peringkat Guru Kelas :
- Layari http://dcs.moe.edu.my.
- Guru kelas akan diminta memasukan no IC sebagai ID dan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan.
- Cipta kelas dan isikan kelas tersebut dengan nama pelajar yang terlibat. Cikgu boleh gunakan butang manual untuk cipta pelajar atau memuat naik fail CSV MS Excell mengikut contoh format yang disediakan.
- selesai
Cara Daftar DCS Murid Sekolah
Berikut adalah cara daftar & pelaksanaan DCS peringkat Murid Sekolah :
- Layari http://dcs.moe.edu.my.
- Pelajar akan menggunakan no IC atau MyKid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan
- Pelajar hendaklah menjawab permainan DCS sehingga habis 20 peringkat.
- Sijil akan dijana secara automatik dan mohon cikgu muat-turun sijil-sijil yang diperolehi sebagai rekod pelajar terlibat.
- Anda boleh klik sini.
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score ini, sila hubungi pegawai meja DCS USTP, PPD masing-masing
Artikel Lain : Contoh RPH PdPR
entah
…