CONTOH RPH PdPR (Format Terkini Rancangan Pengajaran Harian Guru)

CONTOH RPH PdPR (Format Terkini Rancangan Pengajaran Harian Guru)

CONTOH RPH PDPR

Sepanjang pandemik Covid 19, sesi pembelajaran secara bersemuka seringkali terganggu. Kepentingan kesihatan dan keselamatan para pelajar dan guru menjadi keutamaan kepada pihak Kemnenterian Pendidikan Malaysia. Satu Langkah yang bijak telah diambil oleh pihak KPM dengan menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah.

 

DEFINISI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru professional yang perlu disediaakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Rancangan yang dibina untuk setiap waktu pengajaran dalam masa 30 minit yang mengandungi maklumat pengajaran,langkah pengajaran,masa, aktiviti dan catatan.

 

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

Semua guru dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas mengikut arahan Ketua Jabatan.

Guru perlu melaksanakan PdPR dan tidak perlu hadir bertugas di sekolah /KV mengikut jadual harian seperti biasa. Jika sekiranya bahan PdP berada di sekolah/ KV dan talian Internet di sekolah/ KV yang lebih baik, guru dibenarkan berada di sekolah. Kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan arahan Ketua Jabatan serta mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

PELAKSANAAN PdPR

PdPR perlu dirancang mengikut keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada. Guru berperanan melaksanakan perkara berikut:

  • menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat kuasa;
  • merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum.
  • menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid.
  • menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan.
  • memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru;
  • menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid;
  • mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah; dan
  • merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.

CONTOH RPH PdPR

Para guru bolehlah melihat contoh yang diberikan dibawah sebagai sumber rujukan anda.

contoh rph

Manual Pengajaran PDPR 

Diharapkan contoh rph pdpr tersebut dapat membantu guru-guru menyediakan ruang pembelajaran yang bermakna buat murid-murid. Pembelajaran diteruskan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

 

Artikel Lain : Contoh RPH Semasa PKP

1 thought on “CONTOH RPH PdPR (Format Terkini Rancangan Pengajaran Harian Guru)”

Leave a Comment