Cara Daftar & Pelaksanaan DCS 2023 (Digital Competency Score)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS) bagi tahun 2023. Murid yang terlibat perlu menjalani ujian tersebut sehingga berjaya.
DCS adalah instrument penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang bertujuan menilai tahap kompetensi murid.
Kami telah menyediakan panduan ringkas cara daftar & pelaksanaan DCS . Anda boleh mengikuti Langkah-langkah tersebut.
Apa Itu Digital Competency Standards (DCS)
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Untuk tahun ini perlaksanaan dilaksanakan dalam dua peringkat kumpulan iaitu :
Kumpulan 1 : Sekolah Menengah (Tarikh akan dikemaskini)
- Murid Tingkatan 3 (40 orang)
- Murid Tingkatan 5 (40 orang)
Kumpulan 2 : Sekolah Rendah (Tarikh akan dikemaskini)
- Murid Tahun 6
Cara Daftar DCS Admin Sekolah
Berikut adalah cara daftar & pelaksanaan DCS peringkat Admin Sekolah :
LANGKAH 1: Log masuk ID Admin
Guru log masuk ID admin ke laman web DCS menggunakan kod sekolah sebagai ID dan kod sekolah sebagai password.
LANGKAH 2: Buat ID guru
Buat ID guru dengan mendaftar guru sebagai pentadbir kelas. Berikan ID sementara kepada guru berkenaan untuk mereka log masuk.
Guru tersebut akan mendaftar masuk dengan ID sementara dan diminta tukar ke no kad pengenalan sebagai ID tetap dan menggunakan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan.
LANGKAH 3: Buat kelas dan daftarkan murid
Setiap guru akan mendaftar kelas dan setiap kelas guru perlu memuat naik data murid beserta no kad pengenalan mereka.
Murid akan log masuk menggunakan no kad pengenalan dan 4 digit terakhir kad pengenalan sebagai password.
Cara Daftar DCS Guru Kelas
Berikut adalah cara daftar & pelaksanaan DCS peringkat Guru Kelas :
- Guru kelas akan diminta memasukan no IC sebagai ID dan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan.
- Cipta kelas dan isikan kelas tersebut dengan nama pelajar yang terlibat. Cikgu boleh gunakan butang manual untuk cipta pelajar atau memuat naik fail CSV MS Excell mengikut contoh format yang disediakan.
- selesai
Cara Log In DCS Murid Sekolah
Berikut adalah cara daftar & pelaksanaan DCS peringkat Murid Sekolah :
- Pelajar akan menggunakan no IC atau MyKid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan
- Pelajar hendaklah menjawab permainan DCS sehingga habis 20 peringkat.
- Sijil akan dijana secara automatik dan mohon cikgu muat-turun sijil-sijil yang diperolehi sebagai rekod pelajar terlibat.
- Anda boleh klik sini.
entah