BANTUAN PAHANG PRIDE STUDENT & KAD DISKAUN PELAJAR

BANTUAN PAHANG PRIDE STUDENT & KAD DISKAUN PELAJAR

BANTUAN PAHANG PRIDE STUDENT

Berita baik kepada pelajar di Negeri Pahang, Kerajaan negeri Pahang telah memperkenalkan bantuan Pahang Pride Student. Kepada para pelajar yang berkelayakan, disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan. Semoga membantu.

 

APA ITU PAHANG PRIDE STUDENT

Pahang Pride Student atau Kad Pelajar Kebanggaan Pahang merupakan bantuan yang diperkenal oleh kerajaan negeri Pahang bertujuan untuk menringankan bebanan ibu bapa terutama dalam persediaan untuk memulakan persekolahan anak-anak.

 

KATAGORI BANTUAN PAHANG PRIDE STUDENT

Melalui bantuan ini terdapat dua katagori iaitu:

  1. Pemberian Kad Diskaun sebanyak sebanyak 20 peratus kepada 150,000 ketua isi untuk membeli barangan kelengkapan sekolah
  2. Wang tunai RM100 kepada pelajar kategori miskin dan miskin tegar untuk pembelian set alat keperluan persekolahan

 

SYARAT KELAYAKAN PAHANG PRIDE STUDENT

Kad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai anak yang masih bersekolah mengikut katagori berikut:

  • Kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850)
  • Kumpulan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970)

 

KADAR BAYARAN PAHANG PRIDE STUDENT

Berikut adalah merupakan kadar bayaran:

  • Wang tunai bernilai RM100
  • Mmenikmati diskaun sebanyak 20 peratus ke atas setiap perbelanjaan keperluan persekolahan, termasuk buku, pakaian dan beg sekolah serta alat tulis terpilih.

 

CARA PERMOHONAN PAHANG PRIDE STUDENT

Kepada ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana pihak sekolah telah mempunyai senarai nama pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan ini.

Pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa sekiranya sudah siap sedia untuk diagihkan.

 

SENARAI KEDAI PAHANG PRIDE STUDENT

Berikut adalah merupakan senarai lokasi kedai MBS Books and Stationery di seluruh Negeri Pahang yang menawarkan diskaun 20% iaitu:

  • MBSWorld
  • MBSECM
  • MBSTemerloh
  • MBSBera
  • MBSMaran
  • MBSJengka
  • MBSMentakab
  • MBSLimbong
  • MBSPekan
  • MBSJerantut
  • MBSChukai
  • MBSMuadzam
  • MBSRaub
  • MBSLipis
  • MBS Art Store
  • MBS Air Putih
  • MBS Balok
  • MBS Taman Tas
  • MBS Indera Mahkota
  • MBS Bentong
  • MBS Rompin

 

MAKLUMAT LANJUT  PAHANG PRIDE STUDENT

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Bantuan Pahang Pride Student, anda boleh rujuk:

 

ARTIKEL LAIN

2 thoughts on “BANTUAN PAHANG PRIDE STUDENT & KAD DISKAUN PELAJAR”

  1. Assalamualaikum, saya berharap saya dapat salah satu ipad yang telah di tawarkan untuk kemudahan saya belajar kerana handphone saya tidak mempunyai GB yang mencukupi selalu storage full . Terima kasih

    Balas

Leave a Comment