UJIAN UPKK 2024(SEMAKAN KEPUTUSAN ONLINE/SMS)

UJIAN UPKK 2024(SEMAKAN KEPUTUSAN ONLINE/SMS)Ujian UPKK

Kami doakan agar anda dapat segala ujian yang diberikan dapat dijawab dengan jayanya. Untuk anda yang mahu melakukan semakan keputusan ujian UPKK kelak boleh ikut prosedur yang kami kongsikan di bawah samada anad mahu check secara online atau check secara sms.

 

Apa Itu Ujian UPKK?

UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA) adalah ujian untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 8 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat.

Ia di nilai dalam 4 bentuk penilaian iaitu :

  1. Bentuk Lisan: Al-Quran
  2. Bentuk Amali: Amali Solat
  3. Bentuk Lisan & Pemerhatian: Penghayatan Cara Hidup Islam
  4. Bentuk Penulisan: Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )Sirah
    • Adab (Akhlak Islamiyah)
    • Jawi dan Khat
    • Asas Lughatul Quran
    • Sirah

 

Subjek UjianUPKK JAKIM

Untuk pengetahuan anda semua Ujian Penilaian Kelas KAFA ini adalah anjuran dan diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM untuk penilaian kefahaman terhadap kalangan murid tahun lima (5) Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah rendah Agama (SRA) dan juga Sekolah Agama Rakyat (SAR)yang sedang belajar mengikut sukatan olej KAFA JAKIM.

Anda boleh menyemak pendaftaran atau anda jiuga boleh log masuk melalui Portal SIMPENI yang disediakan pautannya melalui website JAKIM.

Bagi anda yang belum membuka akaun SSPN untuk anak anda sekarang boleh buka akaun SSPN secara online.

Ada 8 ujian kesemuanya. Antaranya ialah :

  1. Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  2. Pelajaran Jawi
  3. Sirah
  4. Lughatul Quran (Bahasa Arab)
  5. Bidang Al Quran
  6. Penghayatan Cara Hidup Islam
  7. Amali Solat
  8. Adab (akhlak Islamiah)

 

Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2022/2023

Semakan keputusan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 akan diumumkan pada 9 Mac 2023.

 

Cara Semak Keputusan UPKK 2022/2023

Berikut adalah merupakan cara untuk menyemak Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu:

Semak Keputusan UPKK Secara Online

Semak Keputusan UPKK Secara SMS

  • Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas dan hantar ke 15888.

Nota: Pastikan anda masukkan maklumat yang betul bagi memastikan keputusan ujian UPKK yang anda mahukan diperolehi tanpa sebarang masalah dan isu.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai ujian UPKK layari: https://www.islam.gov.my/ms/

Atau

  • JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
  • Telefon : 03-8870 7000
  • Fax : 03-8870 7003
  • Email    : ukkjakim[at]islam[dot]gov[dot]my

Artikel Lain : JAdual Waktu Peperiksaan UPKK

1 thought on “UJIAN UPKK 2024(SEMAKAN KEPUTUSAN ONLINE/SMS)”

Leave a Comment