Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u (Aplikasi & Website)

Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u (Aplikasi & Website)

cara bayar loan kereta maybank2u

Maybank merupakan antara institusi perbankan yang menjadi kegemaran di Malaysia. Boleh dikatakan rata-rata orang memiliki akaun di bank ini. Ianya menawarkan pelbagai pinjaman untuk orang awam. Salah satunya adalah pinjaman pembelian kereta (Hire Purchase).

Ok. Biasa korang bayar loan kereta macam mana? Tak ramai yang ada masa nak ke bank untuk buat pembayaran melalui cdm kan.. Aku sendiri pun kadang malas. Dah tu pakai pulak bank lain punya loan.

Memula korang kena ada account dengan maybank dan dah berdaftar untuk gunakan Maybank2u.

Sekiranya anda adalah pemilik kenderaan yang dibeli menerusi kemudahan pinjaman sewa-beli yang ditawarkan oleh Maybank, berikut adalah langkah-langkah cara bayar loan kereta menggunakan Maybank2u

Cara Bayar Loan Kereta Maybank2u Guna Telefon

Berikut adalah Langkah-langkah cara bayar loan kereta menggunakan Maybank2u yang boleh anda ikuti :

  1. Layari halaman web Maybank2u dan klik Login : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Login seperti biasa menggunakan usernamedan password

Bayar Loan Kereta Maybank2u

  1. Klik pada simbol Option dan pilih Pay & Transfer

Bayar Loan Kereta Maybank2u

  1. Klik pada Transfer

Bayar Loan Kereta Maybank2u

  1. Pilih akaun anda pada Transfer From

Bayar Loan Kereta Maybank2u

  1. Klik pada transfer to dan pilih Other Account

Bayar Loan Kereta Maybank2u

  1. Klik New Transfer dan pilih Bank pinjama anda

Bayar Loan Kereta Maybank2u

  1. Masukan nombor akaun pinjaman kereta dan nama peminjam

Bayar Loan Kereta Maybank2u

  1. Klik pada Transaction Type dan pilih Hire Purchase

mybankb

  1. Pastikan Transfer Mode : Duitnow-Instant Transfer

mybnka

  1. masukan jumlah bayaran pada Transfer Amount

Bayar Loan Kereta Maybank2u

  1. Masukan Recepient’s Referemce (Car Loan)

Bayar Loan Kereta Maybank2u

  1. semak smua butiran adalah betul dan klik Transfer

mybank1

  1. Pilih secure2u verification dan klik Request

maybank2

  1. klik Approve

maybank3

  1. Transaksi berjaya

Cara Bayar Loan Kereta Maybank2u Guna Komputer

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Maybank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Maybank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  1. layari maybank2u.com.my
  2. Loginakaun anda.
  3. Klik ‘Accounts & Banking’ > ‘Bill Payments’ > ‘Make a One-off Payment’
  4. Pilih ‘Maybank Loan & Hire Purchase’ > Klik ‘Continue’
  5. Pilih ‘Maybank Hire Purchase’ > Klik ‘Continue’
  6. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan > Klik ‘Continue’
  7. Jika nombor pendaftaran kenderaan yang dimasukkan betul, nama peminjam akan tertera. Semak dan pastikan nama yang tertera adalah sama dengan nama peminjam > Klik ‘Continue’
  8. Masukkan jumlah yang nak/perlu dibayar > Klik ‘Continue’
  9. Klik ‘Request for TAC’ > Masukkan nombor TAC. Klik ‘Confirm’.
  10. Selesai pembayaran anda

Pihak Maybank menasihatkan orang ramai dan juga para pelanggan supaya lebih peka serta berhati-hati. Orang ramai disarankan untuk melayari laman web rasmi dengan menaip maybank2u.com.my pada pelayar.

Hal ini kerana, ia lebih selamat berbanding anda menaip ‘Maybank’ atau ‘Maybank2u’ melalui enjin carian. Namun begitu, sekiranya masih mahu berbuat demikian. Pengguna dinasihatkan untuk semak dan teliti URL terlebih dahulu sebelum klik.

Cara Semak Baki Loan Kereta Maybank

1. Semak Baki Loan di kaunter cawangan Maybank

Ini merupakan cara paling konvensional tetapi mungkin tidak sempat dilakukan sekiranya anda seorang yang sibuk.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hadirkan diri ke kaunter cawangan Maybank berdekatan anda dengan membawa bersama butiran dan maklumat berkaitan pinjaman anda bersama pihak Maybank.

2. Semak Baki Loan Dengan Maybank2u

Maybank2u merupakan perkhidmatan sehenti perbankan internet yang dibangunkan Maybank untuk para pelanggannya.

Pelbagai kemudahan perbankan boleh diuruskan melalui portal atau aplikasi Maybank2u namun mungkin ramai yang tidak tahu anda juga boleh membuat semakan baki loan kereta anda melalui Maybank2u sahaja.

ikuti langkah-langkah di bawah untuk semak baki pinjaman kereta anda:

  1. Layari laman Maybankk2u di alamat https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Log masuk akaun Maybank2u anda dengan memasukkan kata nama dan kata kunci
  3. Pilih Paay & Transfer pada bahagian menu
  4. Pilih Pay
  5. Pilih Payee
  6. Pilih Maybank Hire Purchase
  7. Pilih Amount and Effective Payment Date

Maklumat mengenai baki pinjaman kereta anda akan dipaparkan

3. Semak Baki Loan Di mesin ATM

Ramai juga yang tidak tahu anda boleh membuat semakan baki loan kereta Maybank and mellaui mesin ATM tidak kira di mana-mana sama ada di cawangan bank, pusat beli-belah dan sebagainya asalkan mesin ATM tersebut mestilah mesin ATM Maybank.

Ikuti langkah berikut untuk semak baki loan anda:

  1. Masukkan kad ATM dan PIN anda
  2. Pilih Other Transaction
  3. Pilih Payment
  4. Pilih Express Payment
  5. Pilih Loan/Financing
  6. Pilih Vehicle Loan/Hire Purchase.
  7. Masukkan Acc.No. or Vehicle no.

Maklumat mengenai pinjaman anda akan dipaparkan pada skrin mesin ATM tersebut.

Semoga perkongsian cara bayar loan kereta menggunakan Maybank2u ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Cara Tukar No HP Maybank Akaun

Leave a Comment