Cara Buka Akaun Bank Islam Pelajar Student (Buat Bayaran Yuran Pengajian)

Cara Buka Akaun Bank Islam Pelajar Student (Buat Bayaran Yuran Pengajian)

Buka Bank Islam Pelajar

Pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke menara gading sewajarnya mempunyai akaun bank sendiri. Pelbagai manfaat dapat diperolehi oleh para pelajar terutamanya apabila anda mendapat tajaan atau pinjaman pendidikan.

Sekiranya anda belum mempunyai sebarang akaun bank, kami akan membantu anda dengan memastikan proses buka akaun bank Islam bagi pelajar menjadi lebih pantas dan mudah.

Cara Buka Akaun Bank Islam Untuk Pelajar

Cara buka akaun Bank Islam untuk pelajar agak mudah. Hanya perlu ada telefon bimbit dan sambungan internet, bakal pelanggan boleh membuka akaun simpanan Bank Islam.

Tidak banyak syarat yang perlu disediakan. Anda hanya perlu menyediakan kad pengenalan dan wang tunai untuk deposit permulaan.

1. Buka Akaun Bank Islam Online

Bank Islam menyediakan pelbagai jenis simpanan yang boleh anda pilih mengikut keperluan anda. Setiap akaun simpanan mempunyai kelebihan tersendiri yang memudahkan pelanggan baharu.

Antara akaun yang boleh Anda buka secara online ialah:

  • Akaun Simpanan Asas Bank Islam
  • Akaun Simpanan Qard
  • Akaun Pelaburan Al-Awfar

Hanya individu yang mempunyai kad pengenalan boleh membuka akaun di Bank Islam:

  • Individu berumur 12 tahun ke atas untuk Akaun Simpanan Asas Bank Islam dan Akaun Simpanan Qard
  • Individu berumur 18 tahun ke atasu untuk Akaun Pelaburan Al-Awfar

Berikut adalah langkah-langkah cara membuka akaun Bank Islam secara online.

  1. Buka pautan https://vao.bankislam.com.my/sales
  2. Masukkan maklumat seperti: Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Status student/ bukan student, Jenis Akaun, Negeri dan Cawangan Pilihan.
  3. Selepas itu tekan butang Next.
  4. Kemudian masukkan maklumat berikut: Alamat, Emel, Nombor Telefon, Bangsa & Agama, Status Perkahwinan, Nama Ibu, Maklumat Pekerjaan
  5. Tekan butang Next.
  6. Anda perlu membuat declaration, hantar permohonan dan membuat pengesahan.
  7. Print borang permohonan Anda.
  8. Selepas itu sila membawa borang permohonan ke Bank Islam terdekat untuk pengesahan dan mendapatkan nombor akaun dalam masa 30 hari selepas Anda mendaftar.

Sekiranya pautan VAO atau Virtual Account Opening tak dapat nak capai (problem: site can’t be reached). Kami nasihatkan Anda untuk buka akaun Bank Islam di cawangan terdekat.

2. Buka Akaun Bank Islam di Cawangan

Bagi Anda yang ingin tahu cara buka akaun Bank Islam untuk pelajar di cawangan berikut langkah-langkahnya:

Syarat dan dokumen yang perlu sedia ada sebelum datang terus ke cawangan Bank Islam berhampiran:

  • Kad Pengenalan
  • Nombor telefon
  • Lesen Memandu atau apa-apa dokumen untuk pengesahan alamat semasa Anda
  • Sediakan wang sebanyak RM50 – RM 100 untuk buka akaun bank. Kami nasihatkan Anda untuk membawa wang RM100 untuk elakkan kekurangan wang.

Langkah cara buka akaun Bank Islam walk-in

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam terdekat dengan membawa syarat diatas.
  2. Kami nasihatkan Anda untuk pergi pada hari bekerja, sila pergi jam 7 pagi untuk dapatkan nombor giliran. Sebab jika datang lebih dari jam 7, nombor giliran pastilah habis.
  3. Selepas nombor giliran Anda dipanggil, bagitahu pegawai bank bahawa Anda ingin buka akaun Bank Islam.
  4. Sila isi borang yang diberikan oleh pegawai, isikan maklumat dengan betul.
  5. Tunggu beberapa minit, akaun Bank Islam Anda dah siap.
  6. Anda akan diberikan kad ATM dan buku bank/simpanan, jika diperlukan sila buat/tukar PIN kad ATM Anda.

Waktu Operasi Bank Islam

WILAYAH

WAKTU OPERASI

Semenanjung

Isnin – Jumaat : 9.30 pagi – 4.30 petang

Kelantan & Terengganu

Ahad – Khamis : 9.30 pagi – 4.30 petang

Sabah, Sarawak & WP Labuan

Isnin – Jumaat : 9.00 pagi – 4.00 petang

 

Cara Bayar Yuran Pengajian 

  1. Ambil borang deposit tunai/pembayaran bil dan isi:
  • tulis nama sendiri
  • bayaran kepada : Nama universiti anda
  • tujuan bayaran: yuran pengajian
  • jumlah : RMXXX

2. Ambil nombor giliran

  • Sediakan wang secukupnya dan tunggu nombor giliran dipanggil.
  • Serahkan wang dan borang kepada pegawai bertugas. Terima resit sebagai bukti bayaran.

Semoga perkongsian cara buka akaun bank Islam buat pelajar ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Cara Transfer Duit Dari Maybank Ke ASB

1 thought on “Cara Buka Akaun Bank Islam Pelajar Student (Buat Bayaran Yuran Pengajian)”

Leave a Comment