E-Scholarship Sarawak Permohonan Semakan Bayaran Balik
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mengalu-alukan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA), Universiti Awam (UA) dan Politeknik untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2024 atau E-Scholarship Sarawak.
Maklumat Mengenai E-Scholarship Sarawak
Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak adalah satu inisiatif kerajaan untuk menyokong sebahagian daripada kos pendidikan pelajar Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA dan Politeknik. Pelajar yang mendapat biasiswa ini hanya perlu membayar balik 25% daripada jumlah bantuan yang diterima, dengan syarat mereka menamatkan pengajian mereka dengan kejayaan.
Pembiayaan yang Disediakan
Biasiswa pinjaman ini mencakupi:
- Yuran Pengajian
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Pengangkutan
- Elaun Buku, Pakaian, dan lain-lain.
Bidang Pengajian
Biasiswa ini terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pendidikan.
Syarat-syarat Permohonan
Untuk memohon, pelajar perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia yang berasal dari Sarawak dan telah diterima untuk pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA, UA, atau Politeknik.
- Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali Perubatan dan Pendidikan.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon dalam bidang pengajian yang berkaitan dengan PCDS 2030 atau dari kumpulan pendapatan B40 (pendapatan isi rumah RM 4,850.00 ke bawah atau tertakluk kepada jumlah tanggungan semasa).
Pegawai perkhidmatan awam atau badan berkanun yang sedang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau gaji penuh tidak layak memohon.
Permohonan E-Scholarship Sarawak
Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman web https://escholarship.sarawak.gov.my. Bagi pemohon baru, mereka perlu mengemukakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf. Pemohon yang sedang belajar perlu menggunakan keputusan semester terkini.
Permohonan yang berjaya akan dipertimbangkan untuk tawaran. Pemohon yang tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh iklan ditutup dianggap tidak berjaya.
Semakan Status Permohonan E-Scholarship Sarawak
Semakan status berjaya atau gagal boleh disemak melalui laman web https://escholarship.sarawak.gov.my
Semakan Bayaran Balik E-Scholarship Sarawak
Semakan byaran boleh disemak melalui laman web https://escholarship.sarawak.gov.my
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2024, sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di https://psc.sarawak.gov.my atau hubungi 082-236325/082-236554.
Artikel Lain >PERMOHONAN BIASISWA BYSTT & YBSTAR SARAWAK