AI untuk Rakyat (Cara Daftar Modul & Jana Sijil Lencana Digital)
Apa itu AI untuk Rakyat?
ProgramAI untuk Rakyat adalah inisiatif pembelajaran kendiri dalam talian yang dirancang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Kecerdasan Buatan di negara ini. Tujuannya adalah membuka wawasan terhadap AI dari semua lapisan masyarakat, termasuk pelajar, ibu bapa di rumah, profesional dari berbagai bidang, dan warga emas yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang AI.
Isi Kandungan
- Pengenalan Program AI untukRakyatProgram ini bertujuan memberikan penjelasan tentang AI kepada semua lapisan masyarakat. Terbahagi kepada dua bahagian: ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’.
- Siapakah Target Program Ini?Terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira lapisan masyarakat. Bukan untuk menjadikan pakar AI, tetapi memberikan pemahaman asas untuk berkomunikasi tentang AI.
- Tempoh ProgramDibahagikan kepada dua bahagian, AI Aware dan AI Appreciate, masing-masing boleh diselesaikan dalam masa kira-kira empat jam.
- Apa yang Dibincangkan dalam Program Ini?
- Pemahaman asas AI, aplikasinya, dan mitos serta kekeliruan umum tentang AI.
- Pengetahuan tentang domain utama AI seperti Computer Vision, Natural Language Processing, dan Statistical Data.
- Etika AI dan prinsip AI yang bertanggungjawab.
- Cara Daftar Program AI untuk RakyatPendaftaran terbuka untuk semua warga Malaysia melalui http://ai.gov.my. Syarat: Peranti pintar dan sambungan internet.
- Apa yang Akan Diperolehi Setelah Menamatkan Program Ini?
- Pengetahuan mendalam tentang AI.
- Lencana digital AI Aware dan AI Appreciate untuk dipaparkan di media sosial.
- Bolehkah Saya Menyebut Diri Saya Pakar AI Selepas Program Ini?Program ini tidak bertujuan melatih pakar AI. Tujuannya memberikan pemahaman asas dan kemampuan berkomunikasi tentang AI.
- Langkah Seterusnya Setelah Menamatkan ProgramPeserta digalakkan merangka perjalanan pembelajaran kendiri dalam bidang AI yang diminati.
- Maklumat Tambahan mengenai Program AI untuk Rakyat
- Terbuka untuk warga Malaysia dalam empat bahasa.
- Penjawat awam diarahkan untuk menamatkan program ini.
- Rujukan: Surat edaran JPA/KPPA/016 JLD18 (52).
- Kepada yang dah siapkan AI untuk Rakyat boleh claim mata kredit ePembelajaran dalam SPLKPM.AI Aware 1.5jam
AI Appreciate 2.5jam
Total: 4 jamSetelah selesai mengikuti kursus ini, hendaklah dikemaskini dalam SPLKPM melalui ‘e-pembelajaran’ bagi program ‘AI untuk Rakyat’ untuk membolehkan pelaporan KPM dijana daripada data yang telah dikemaskini dalam SPLKPM.
1. Login masuk splkpm modul individu https://splkpm.moe.gov.my
2. Pembelajaran kendiri – epembelajaran
3. Tambah aktiviti
4. Pilih L1 – pdp
5. Pilih Kemahiran digital
6. Kemahiran literasi media dan maklumat
7. Ai untuk rakyat
8. Klik pada Ai Aware
9. Simpan . Ulang semula step & daftar utk Ai appreciate.
10. Masa utk setiap bahagian adalah automatik.
Kesimpulan
Program AI untukRakyat adalah langkah pertama menuju pemahaman mendalam tentang AI. Peserta dianugerahkan lencana digital sebagai pengiktirafan dan digalakkan untuk terus meneroka dan memperdalam pengetahuan AI mereka. Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web AI untuk Rakyat.
Artikel Lain
Latihan Dalam Perkhidmatan LADAP PLUS Guru & (LDP)