SEMAKAN KEPUTUSAN STAM 2022 (Cara Check Online SMS Muat Turun Slip)

SEMAKAN KEPUTUSAN STAM 2022 (Cara Check Online SMS Muat Turun Slip)

STAM KISAS

Permohonan STAM 2023 KISAS Tingkatan 6 Ambilan Tahun 2023 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) telah dibuka.

Bagi calon yang berminat, sila rujuk info permohonan STAM 2023 berikut untuk panduan permohonan.

Tarikh Permohonan STAM 2023

pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke KISAS bagi STAM boleh membuat permohonan mulai 16 Januari sehingga 24 Februari 2023

STAM KISAS

Apakah STAM?

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000.

STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Syarat Permohonan STAM KISAS

Syarat permohonan STAM 2023 kemasukan ke tingkatan 6 (STAM) Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

  1. Warganegara malaysia.
  2. Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (spm)
  3. Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6C.
  4. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab tinggi sekurang-kurangnya 6C.
  5. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C.
    • Pendidikan Syariah Islamiah
    • Pendidikan Al-quran & As-sunnah
  6. Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
  7. Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  8. Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan
  9. Lulus ujian khas kelayakan (temuduga)
  10. Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam stam di KISAS akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.

Bidang & Subjek STAM

Terdapat 3 bidang yang akan dipelajari oleh pelajar iaitu:

  • Bahasa Arab
  • Syariah
  • Usuluddin

Daripada 3 bidang tersebut, sebanyak 10 subjek yang akan dipelajari iaitu:

  • Hifz Alquran dan Tajwid
  • Fiqh
  • Tauhid dan Mantiq
  • Tafsir dan Ulumuhu
  • Hadith dan Mustolah
  • Nahu dan Sarf
  • Insya’ dan Mutalaah
  • Adab dan Nusus
  • ’Arudh dan Qafiyah
  • Balaghah

 

Cara Permohonan STAM 2023 KISAS

Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan http://moe.bpsbp.edu.my/MohonSTAM2023.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar permohonan dengan klik butang ‘Submit.’

Borang permohonan STAM 2023 yang telah lengkap diisi hendaklah ke alamat berikut :

  • PENGARAH, BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, ARAS BAWAH DAN 2, LOT 2251, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. (U.P: KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA)

(Muat Turun PDF) Borang permohonan ke tingkatan 6 STAM di KISAS

*Anda juga boleh mengimbas kod-kod QR untuk syarat-syarat permohonan STAM 2022 dan borang permohonan STAM 2022

Tarikh Semakan Keputusan STAM

Untuk pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022, semakan keputusan peperiksaan STAM boleh dibuat mulai 18 April 2023.

 

Pangkat Peperiksaan STAM

Pelajar yang menduduki peperiksaan ini akan memperoleh pangkat yang ditetapkan iaitu:

  • Mumtaz (cemerlang)
  • Jayyid Jiddan (sangat baik)
  • Jayyid (baik)
  • Maqbul (lulus)

 

Cara Semak Keputusan STAM

Keputusan peperiksaan boleh disemak menerusi kaedah seperti berikut iaitu:

  1. Melalui Sekolah atau Pos
    • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023.
    • Untuk calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 18 April 2023.
  2. Dalam Talian
    • Semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 April 2023.
  3. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    • Semakan boleh dibuat melalui SMS dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
    • Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 April 2023.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk makluman lanjut berkaitan permohonan STAM 2021, sila hubungi:

  • Bahagian Pendidikan Islam di talian 03-83217200 atau 03-83217300;
  • Bahagian Pengurusan Asrama Penuh di talian 03-83217400; atau
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah di talian 03-33711658 atau e-melkan kepada [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

BINGKAS 2023 (Login Semakan Status Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor )

Leave a Comment