BACK TO SCHOOL MBI SELANGOR 2022 (Permohonan Inisiatif Tunai RM100)

BACK TO SCHOOL MBI SELANGOR 2022 (Permohonan Inisiatif Tunai RM100)

BACK TO SCHOOL MBI SELANGOR

Kepada ibu bapa warga Selangor yang mempunyai anak yang bersekolah, anda boleh cuba membuat permohonan bantuan kembali ke sekolah yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan dan syarat kelayakan yang ditetapkan, semoga membantu.

 

APA ITU MBI SELANGOR

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor merupakan badan yang ditubuhkan dibawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No: 3 1994) pada 21 September 1994. Badan ini ditubuhkan khusus untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik kerajaan negeri serta mewakili kerajaan negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Selain itu, badan ini juga berperanan mempromosi dan mendukung usaha pembangunan negeri Selangor di samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

 

SYARAT KELAYAKAN BACK TO SCHOOL MBI SELANGOR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan untuk memohon bantuan ini yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Ibu atau bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pengundi di DUN yang dipohon.
  3. Pendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawah.
  4. Pelajar bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) pada tahun 2023.
  5. Pemohon mestilah bukan penerima BINGKAS, mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan lain-lain.

 

TARIKH PERMOHONAN BACK TO SCHOOL MBI SELANGOR

Permohonan bantuan ini telah dibuka sehingga 31 Januari 2023.

 

KADAR BANTUAN BACK TO SCHOOL MBI SELANGOR

Inisiatif tunai berjumlah RM100 diperuntukkan untuk bantuan Kembali ke Sekolah MBI kepada 300 penerima bagi setiap DUN.

 

CARA PERMOHONAN BACK TO SCHOOL MBI SELANGOR

Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  • Permohonan perlu dibuat melalui pejabat DUN atau penyelaras DUN dalam tempat tinggal pemohon.
  • Sila hubungi pejabat DUN atau penyelaras DUN. Untuk dapatkan no telefon anda boleh merujuk DI SINI http://dewan.selangor.gov.my/direktori-pusat-khidmat-adun

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut untuk dibawa bersama ke pejabat DUN atau penyelaras DUN untuk membuat permohonan iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan Bapa
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu
  • Salinan Kad Pengenalan Anak
  • Salinan Slip Gaji terkini atau Pengesahan Pendapatan (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk)
  • Pengesahan mastautin (Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Nazir/Pengurusan Sekolah)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan kembali ke sekolah MBI Selangor, anda boleh melayari portal rasminya di pautan  https://www.mbiselangor.com/

1 thought on “BACK TO SCHOOL MBI SELANGOR 2022 (Permohonan Inisiatif Tunai RM100)”

Leave a Comment