LIVE BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2024 (Malaysia Open) Tiket Jadual

LIVE BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2024 (Malaysia Open) Tiket Jadual

BADMINTON TERBUKA MALAYSIA OPEN

Kepada peminat sukan badminton, semestinya anda akan mengikuti perkembangan semasa perlawanan yang berlangsung. Salah satu kejohan badminton adalah kejohanan Badminton Terbuka Malaysia (Malaysia Open). Disini kami akan kongsikan kepada anda jadual perlawanan dan cara membeli tiket, semoga membantu.

 

APA ITU BADMINTON TERBUKA MALAYSIA (Malaysia Open)

Terbuka Malaysia (Malaysia Open) merupakan kejohanan badminton yang biasanya diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kejohanan ini telah diadakan sejak 1937 dan telah berlangsung di beberapa venue berlainan seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Penang, Selangor.

Kejohanan ini tidak diadakan dua kali: dari 1942 hingga 1946 disebabkan oleh Perang Dunia II dan 1967 ke 1982. Ia menjadi salah satu daripada Kejohanan BWF Super Series mulai 2007, dan dikenali sebagai Kejohanan Super Series Terbuka Malaysia.

 

TERMA & SYARAT KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA

Berikut adalah merupakan antara terma dan syarat yang ditetapkan bagi kejohanan ini iaitu:

  • Semua kategori adalah tempat duduk bernombor
  • 1 tiket sah bagi 1 orang
  • Pemegang tiket Super Fan akan memperoleh Goodie Bag yang mengandundi merchandise Petronas Malaysia Open 2024
  • Kanak-Kanak dibawah 4 tahun perlu dapatkan tiket masuk
  • Semua pembelian tiket adalah secara online. Sila print dan tunjukkan tiket tersebut ketika memasuki stadium

 

TARIKH KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA

Bagi sesi 2024, kejohanan badminton Terbuka Malaysia akan bermula dari 9 hingga 14 Januari 2024.

 

LOKASI KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA

Pada tahun 2024, kejohanan ini  akan berlangsung di Arena Axiata, Kuala Lumpur, Malaysia.

 

SENARAI PEMAIN MALAYSIA KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA (Malaysia Open)

Berikut adalah merupakan senarai pemain mewakili Malaysia dalam kejohanan ini  mengikut katagori iaitu:

Perseorangan Lelaki
  • Lee Zii Jia
  • Ng Tze Yong
  • Chiam June Wei
Perseorangan Wanita
  • Kisona Selvaduray
  • Goh Jin Wei
Beregu Lelaki
  • Ong Yew Sin/Teo Ee Yi,
  • Aaron Chia/Soh Wooi Yik
  • Goh Sze Fei/Nur Izzuddin
  • Man Wei Chong/Kai Wun Tee
Beregu Wanita
  • Tan Pearly/Thinaah Muralitharan
  • Vivian Hoo/Lim Chiew Sien
  • Go Pei Kee/Low Yee Yuan
  • Teoh Mei Xing/Anna Ching Yik Cheong
Beregu Campuran
  • Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie
  • Chan Peng Soon/Cheah Yee See
  • Chen Tang Jie/Toh Ee Wei
  • Tan Kian Meng/Lai Pei Jing

 

HARGA TIKET KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA

Kepada para peminat yang berminat boleh mendapatkan tiket berdasarkan harga yang berbeza-beza mengikut peringkat perlawanan bermula pusingan 32 hingga final yang bermula dari RM40 hingga RM600.

 

KATAGORI TIKET KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA

Edisi kali ini terdapat 6 jenis tiket iaitu:

  • Upper (A)
  • Upper (B)
  • Premium (A)
  • Premium (B)
  • VIP
  • Super Fan

 

CARA BELI TIKET KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA ONLINE

Anda boleh mendapatkan tiket kejohanan ni secara online menerusi berikut:

  1. Layari website ticket2u
  2. Pilih tarikh yang anda ingin kunjungi
  3. Seterusnya pilih bilangan tiket yang anda inginkan dan klik Confirm Quantity
  4. Pilih seat yang anda ingin mengikut katagori pilihan anda
  5. Baris dan no seat anda akan tertera, klik pada Checkout untuk pembayaran tiket
  6. Pilih kaedah pembayaran anda dan ikuti hingga selesai
  7. Tiket boleh dilihat melalui pautan dalam talian dalam e-mel pengesahan anda.
  8. Sila cetak & tunjukkan tiket anda di tempat kemasukan.

 

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA (Malaysia Open)

Berikut adalah merupakan jadual perlawanan mengikut peringkat perlawanan bermula pusingan 32 hingga final iaitu:

PERINGKATTARIKHHARISIARAN LANGSUNG
Pusingan 3209.01.2024SelasaTV OKEY: Gelanggang 1, 9.00 pagi – 7.00 malam

Sukan RTM: Gelanggang 2, 9.00 pagi – 7.00 malam

Pusingan 3210.01.2024RabuTV OKEY: Gelanggang 1, 9.00 pagi – 7.00 malam

Sukan RTM: Gelanggang 2, 9.00 pagi – 7.00 malam

Pusingan 1611.01.2024KhamisTV OKEY: Gelanggang 1, 9.00 pagi – 7.00 malam

Sukan RTM: Gelanggang 2, 9.00 pagi – 5.00 petang

Suku Akhir12.01.2024JumaatTV OKEY: Gelanggang 1

9.00 pagi – 12.00 tengah hari, 3.00 petang – 10.00 malam

Sukan RTM: Gelanggang 2

9.00 pagi – 12.00 tengah hari, 3.00 petang – 8.00 malam

Separuh Akhir13.01.2024SabtuTV OKEY & Sukan RTM: Gelanggang 1

12.00 tengah hari – 10.00 malam

Akhir14.01.2024AhadTV OKEY & Sukan RTM: Gelanggang 1

1.00 tengah hari – 6.00 petang

 

SIARAN LANGSUNG KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA

Anda juga boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung menerusi pautan berikut:

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA

Berikut adalah merupakan jadual dan keputusan bagi kejohanan ini:

PERLAWANANKEPUTUSAN
09.01.2024: Pusingan 32
10.01.2024: Pusingan 32 
11.01.2024: Pusingan 16 
12.01.2024: Suku Akhir 
13.01.2024: Separuh Akhir 

 

14.01.2024: Final 

 

 

HADIAH KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA (Malaysia Open)

Kejohanan BWF yang kini berstatus Super 1000 ini menawarkan hadiah keseluruhan  USD1,300,000 seperti yang berikut:

ACARA PEMENANGFINALISSEPARUH AKHIRSUKU AKHIR16 TERAKHIR32 TERAKHIR
Perseorangan$87,500$42,500$17,500$6,875$3,750$1,250
Beregu$92,500$43,750$17,500$7,812.50$4,062.50$1,250

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan Badminton Terbuka Malaysia (Malaysia Open), anda boleh melayari BWF

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment