PERMOHONAN ILTIZAM BANTUAN MAHASISWA SELANGOR RM1000
Kerajaan Negeri Selangor di bawah melalui Program Iltizam Mahasiswa akan memberikan bantuan kewangan kepada para mahasiswa yang layak.
Para siswa di galakkan memohon bantuan tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Usaha ini adalah salah satu cara Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga kebajikan rakyat dinegeri tersebut.
Bagaimana cara ingin memohon Bantuan Mahas1swa Selangor? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BANTUAN MAHASISWA SELANGOR
Bantuan kepada mahasiswa di kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan IPT di bawah kerajaan negeri adalah dalam bentuk kewangan.
Dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan beban mahas1swa anak Negeri Selangor yang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Dalam Bajet Selangor 2022 yang dibentangkan pada 26 November tahun lalu, RM3 juta diperuntukkan untuk diberi sebagai sumbangan pendidikan.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN Iltizam MAHASISWA SELANGOR
Untuk memohon bantuan ini mestilah menepati syarat kelayakan permohonan. Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bantuan :
- Mahasiswa merupakan kelahiran Selangor
- Mahasiswa bermastautin di Negeri Selangor.
- Pelajar mestilah pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri.
Kadar Bantuan Iltizam Mahasiswa Selangor
Mahasiswa dan mahasiswi dari keluarga berpendapatan rendah akan layak menerima RM1,000 seorang.
CARA PERMOHONAN BANTUAN Iltizam MAHASISWA SELANGOR
Buat masa ini, maklumat terperinci untuk memohon Iltizam Mahasiswa Selangor belum dibuka.
SOALAN LAZIM
Saya merupakan mahasiswa IPT di Selangor tetapi bukan menetap di Negeri Selangor bolehkah saya membuat permohonan?
Tidak. Hanya mahasiswa anak Negeri Selangor yang menetap di Negeri Selangor sahaja layak
Apakah bentuk bantuan yang akan diterima?
Mahasiswa akan menerima bantuan berbentuk wang tunai.
Bilakah permohonan bantuan tersebut dibuka?
Buat masa ini, maklumat terperinci untuk memohon Iltizam Mahasiswa Selangor belum dibuka. Kami akan kemaskini nanti.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan tersebut?
Buat masa ini, maklumat terperinci untuk memohon Iltizam Mahasiswa Selangor belum dibuka. Kami akan kemaskini nanti.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan anda boleh terus hubungi Unit Pendidikan Tinggi Selangor:
- Talian: 3-5521 2303/03-5544 7073
- E-mail: [email protected]
- https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/107?mid=649
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Segala info terkini akan di kemaskini.
Baca tentang IKHTISASS SMART SELANGOR STDC:PERMOHONAN TAJAAN YURAN PENGAJIAN 10 KURSUS TVET
Memohon bantuan Mahasiswa
Saya pelajar Politeknik Port Dickson, bahagian Accauntansi Sem II