PPT KBS(Pembiayaan Yuran Pendaftaran Persijilan Latihan Kemahiran)

PPT KBS (Pembiayaan Yuran Pendaftaran Persijilan Latihan Kemahiran)

PPT KBS

Kementerian Belia dan Sukan  telah menawarkan tajaan pembiayaan yuran pendaftaran bagi mendapatkan persijilan latihan kemahiran menerusi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT KBS).

Berikut dikongsikan berkenaan cara mendapatkan persijilan tersebut.

Apa Itu PPT KBS

PPT merupakan inisiatif KBS bagi kepada belia dalam mendapatkan persijilan latihan kemahiran melalui kaedah pengiktirafan pencapaian terdahulu secara percuma.

Inisiatif ini akan menggalakkan lebih ramai belia mendapatkan persijilan latihan kemahiran yang akan dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran mereka.

Tarikh Permohonan PPT KBS

Belia yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 25 Mei 2022 hingga 30 Jun 2022 sahaja.

Tahap & Tempoh Pengalaman

Tahap dan tempoh pengalaman yang layak untuk memohon persijilan latihan kemahiran ini adalah seperti berikut:

Tahap

Tempoh Pengalaman

SKM Tahap 1

1 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 2

2 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 1 & 2

2 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 3

3 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 2 & 3

3 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 1, 2 & 3

3 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 1, 2, 3, & DKM

5 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 2, 3, & DKM

5 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 3 & DKM

5 tahun pengalaman kerja

DKM

5 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 1, 2, 3, DKM & DLKM

7 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 2, 3, DKM & DLKM

7 tahun pengalaman kerja

SKM Tahap 3, DKM & DLKM

7 tahun pengalaman kerja

DKM & DLKM

7 tahun pengalaman kerja

DLKM

7 tahun pengalaman kerja

Syarat Permohonan

2 syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh belia yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Berumur 18 hingga 40 Tahun.
  2. Mempunyai kemahiran dan pengalaman kerja melebihi 3 tahun dalam bidang TVET.

Cara Memohon PPT KBS

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdSUeAWz_0Wkits6_GzubasJvXqc5UMJ1l8UFti9i9vUCr2cQ/viewform.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PPT, layari laman web KBS iaitu https://www.kbs.gov.my/.

Artikel Lain : Sijil Tahfiz Malaysia

Leave a Comment