Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor (SK & SMK)

Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor (SK & SMK)

 Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Selangor komited dalam memastikan pendidikan di negeri tersebut mencapai kecemerlangan.

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor adalah inisiatif daripada Kerajaan Neger1 dilaksanakan membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sek0lah kerajaan dan swasta di Neger1 Selang0r.

Usaha ini adalah bukti Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Selangor.

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Program ini menawarkan bantuan membaik pulih infrastruktur mahupun membiayai pembinaan struktur baru.

Program ini bertujuan membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor dengan pemberian insentif sehingga RM50,000.

 Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Jumlah Bantuan 

Jumlah bantuan yang bakal diterima oleh sekolah yang layak adalah sehingga RM50,000 meliputi bantuan baik pulih atau membina infrastruktur sekolah.

Tujuan Bantuan 

Tujuan bantuan ini mestilah untuk membaik pulih atau membina infrastruktur sekolah seperti:

  • Kantin
  • Surau
  • Kelas
  • Tandas
  • Bumbung Bocor
  • Dinding
  • Susur Gajah
  • Pagar Sekolah
  • Pintu Kelas, Tandas
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Bilik Guru
  • Perpustakaan
  • Longkang/Perparitan
  • Makmal Sains
  • Makmal Komputer
  • Bangunan Sekolah
  • Bangunan Asrama
  • Mengecat Bangunan Sekolah
  • Kerusi/Meja
  • Saluran Paip Air
  • Pendawaian Elektrik
  • Tingkap
  • Lain-lain

Syarat Kelayakan Bantuan

  1. Sekolah-sekolah dibawah kategori berikut layak memohon untuk program ini.
  • a) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  • b) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  • c) Sekolah Mubaligh
  • d) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
  • e) Sekolah Agama Rakyat (SAR)

2. Permohonan mestilah dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri atau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Cara Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Pihak sekolah/Lembaga Pengelola Sekolah/PIBG yang ingin membuat permohonan boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web SSIPR iaitu https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. klik butang “Daftar.”
  4. Logindengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Keterangan Lanjut

Untuk mendapatkan keretangan lanjut mengenai program bantuan ini, sila layari laman web SSIPR di pautan https://ssipr.selangor.gov.my/.

Artikel Lain : Permohonan Bantuan Khas Anis Selangor

2 thoughts on “Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor (SK & SMK)”

Leave a Comment